SALJI. Dua tiga hari pertama dia turun, sangat kagum. Rumput, bangunan dan jalan raya, semua berwarna putih! Bersih! Jernih! Seolah-olah seluruh bumi ini diwarnai satu warna utama saja - putih, dan beberapa warna lain mencelah.
Sangat gembira. Dia sangat lembut disentuh. Cair apabila digenggam. Empuk untuk dihamparkan badan. Hancur.. apabila dibaling pada orang!
Namun...
5 hari. Ok lagi. Lebih seminggu. Alamak..
Salji yang putih mula dicemari dengan warna-warna asing - coklat, hitam, kuning.. Selepas dipijak-pijak, digelek-gelek dengan tauar kenderaan. Kebanyakannya menjadi lumpur dan lecak. Nak lalu pun perlu berhati-hati, mana tahu ada najis haiwan yang tersembunyi!
Salji yang lembut tadi mula mengeras. Padu! Seperti pasir yang dimampatkan. Salji-salji yang telah cair, kini menjadi ais pula disebabkan suhu yang rendah. Ais yang sangat licin.. sehingga diberi nama jolokan ais hitam - black ice. Tak tahu la sebab apa. Kali ini, salji yang empuk untuk dibaring tu, dah jadi ais keras yang membahayakan! Sekali tejatuh.. ouch.
Sumpah tak nak salji dah!
Hakikatnya begitulah.
Harta, anak-anak, kawan-kawan, dunia ini..
Bahagian duit kita menjadi rahmat, hanya sekejap. Seronoknya apabila baru memperolehnya. Kelamaan, dia menjadi ujian - macamana nak mengurus, nak simpan di tempat yang selamat, nak belanja untuk diri sendiri, nak tunaikan tanggungjawab pada ibu bapa, kerabat, orang-orang miskin dan anak yatim.
Anak-anak - Masa baru lahir, itulah kegembiraan mutlak. Anak yang bersih,, suci dan belum dicemari.. Semakin dia memebesar, semakin banyak ujian mendatang. Dan kesemunya tetap perlu dihadapi dengan berhati-hati. Tak apa tergelincir sekali, asalkan belajar untuk lain kali.
وَاعْلَمُوا أَنَّمَا أَمْوَالُكُمْ وَأَوْلَادُكُمْ فِتْنَةٌ وَأَنَّ اللَّهَ عِنْدَهُ أَجْرٌ عَظِيمٌ
[8:28] Dan ketahuilah bahawa harta benda kamu dan anak-anak kamu itu hanyalah menjadi ujian, dan sesungguhnya di sisi Allah jualah pahala yang besar.
إِنَّمَا أَمْوَالُكُمْ وَأَوْلَادُكُمْ فِتْنَةٌ ۚ وَاللَّهُ عِنْدَهُ أَجْرٌ عَظِيمٌ
[64:15] Sesungguhnya harta benda kamu dan anak-anak kamu itu hanyalah menjadi ujian, dan di sisi Allah jualah pahala yang besar.
Tak mengapa.
Kesukaran tak akan berpanjangan.
Ais dan salji akan cair. Musim sejuk akan tamat.
Matahari akan kembali menyinari, membawa bersamanya keindahan bunga-bunga lavender dan daisy yang menghiasi taman-taman.
Dan musim sejuk akan datang, jika salji turun dengan kehendakNya, akan sekali lagi membawa bersamanya kekaguman dan kegembiraan seperti kali pertama dia turun dahulu. Kemudian disusuli kembali dengan ujian kesukaran.
Kitaran tersebut akan terus berulang.
Ujian rahmat dan kesukaran. Supaya kita menjadi hambaNya uang bersyukur dan bersabar. Terus-menerus.
كُلُّ نَفْسٍ ذَائِقَةُ الْمَوْتِ ۗ وَنَبْلُوكُمْ بِالشَّرِّ وَالْخَيْرِ فِتْنَةً ۖ وَإِلَيْنَا تُرْجَعُونَ
[21:35] Tiap-tiap diri akan merasai mati, dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan; dan kepada Kamilah kamu semua akan dikembalikan.
وَمِنَ النَّاسِ مَنْ يَعْبُدُ اللَّهَ عَلَىٰ حَرْفٍ ۖ فَإِنْ أَصَابَهُ خَيْرٌ اطْمَأَنَّ بِهِ ۖ وَإِنْ أَصَابَتْهُ فِتْنَةٌ انْقَلَبَ عَلَىٰ وَجْهِهِ خَسِرَ الدُّنْيَا وَالْآخِرَةَ ۚ ذَٰلِكَ هُوَ الْخُسْرَانُ الْمُبِينُ
[22:11] Dan ada di antara manusia yang menyembah Allah dengan sikap dan pendirian yang tidak tetap, iaitu kalau ia beroleh kebaikan, senanglah hatinya dengan keadaan itu; dan kalau pula ia ditimpa fitnah kesusahan, berbaliklah ia semula (kepada kekufurannya). (Dengan sikapnya itu) rugilah ia akan dunia dan akhirat, itulah kerugian yang terang nyata.
p:s: Winter kali ni saya main dengan air hujan, banjir, lumpur dan selut. Tu lain cerita pulak lah.