Bismilillah ar-rahman ar-rahim.
Manusia itu memerlukan cinta. Dia akan sentiasa mencari cinta.
Untuk merasai dirinya dicintai. Untuk merasai dirinya dihargai.
Dia akan cuba mencari cinta daripada makhluk disekelilingnya.
Namun cinta oleh mahkluk selain manusia adalah terhad. Mereka tak mampu berfikir dan merasai. Semua tindakan adalah berlandaskan firasat dan deria mereka semata-mata. Binatang perliharaan, bukan sahaja kucing atau anjing, malah harimau atau beruang, akan mencintai mereka yang memeliharanya dengan kecintaan.
Maka, manusia itu akan mencari cinta daripada manusia lain. Keluarganya. Teman-teman rapat. Pasangannya. Anak-anaknya.
Namun akan tiba masa suatu ketika apabila cintanya tak terbalas, manusia itu akan kecewa. Kerana kebergantungan cintanya adalah pada manusia yang juga memerlukan cinta.
Apatah lagi pada kecintaan pada harta dan kedudukan. Memang tak akan bawa ke mana/
Cinta manusia terhad. Cintanya adalah terbatas.
Dalam menawarkan cinta pada orang lain, dia akan keletihan. Dia tak akan mampu mencintai semua orang yang menuntut cinta daripadanya. Walau sedaya mana pun dia berusaha.
Maka,
Kembalilah manusia itu kepada penciptanya yang Maha Mencintai. Sumber Segala Kencintaan.
Mencintai Tuhan tak akan membawa kepada kekecewaan.
Malah sentiasa akan mendapat balasan kecintaan yang berganda lebihnya.
fahmi
leeds, UK
leeds, UK
No comments:
Post a Comment