Showing posts with label dakwah. Show all posts
Showing posts with label dakwah. Show all posts

Friday, June 10, 2011

slowly but surely



bagiku, tarbiyyah itu satu proses perkembangan dan pembesaran.

  • daripada buta islam kepada mengamalkannya dalam kehidupan seharian.
  • daripada berukhuwwah kerana satu kepala kepada berukhuwwah kerana satu aqidah.
  • daripada memandang dunia sebagai matlamat kepada memandangnya sebagai alat.
  • daripada takut untuk berdakwah kepada menjadikan dakwah sebagai obsesi utama.
  • daripada kesempitan jahiliyyah kepada keluasan islam

dan ini termasuklah sekecil-kecil perkara:
  • daripada seoarang yang cepat marah kepada penyabar dengan sabar yg cantik
  • daripada seorang yg suka mengambil mudah kepada seorang yang melakukan yg terbaik dalam suatu perkara.
  • dariapda bersikap ignorant kepada isu politik semasa kepada mengambil tahu

even,
  • daripada seorang yg terlampau serius kepada seorang yg senyum sepanjang masa
  • daripada seorang yg suka sangat bergelak ketawa kepada seorang yg sentiasa merintih menangis di malam harinya
  • daripada yg tak baca doa makan kepada baca doa even sewaktu di hadapan cermin.
secara mudahnya, kembali menjadi manusia yang hidup dengan celupan Allah.

dan tabiat tarbiyyah ini, tidaklah mudah, tidaklah ringkas dan cepat.
namun hasilnya pasti.
slowly but surely.

Begitulah Allah ta'ala menyifatkan generasi mutarobbi pertama ar-Rasul s.a.w:

  1. Bersikap tegas dan keras terhadap orang kafir
  2. bersikap sangat lemah lembut dan penyayang sesama mereka
  3. Sentiasa dalam keadaan sujud, jikalau tidak dalam keadaan rukuk, dalam mencari keredhaan Tuhan mereka.
sepertimana diterangkan dalam ayat terakhir suratul fath.

Al-kuffar pada masa mereka, bukan macam sekarang, yang kita mungkin tak kenal rapat pun. Yang menentang mereka bukan sahaja adalah sanak-saudara sendiri, malah ibu dan bapa mereka sendiri!

Dan dalam perjuangan mereka, sangat lembut sesama mereka, sehingga kepentingan mukmin yang lainnya dilebihkan daripada keperluan sendiri. Biarlah diri mereka terkorban, asalkan mereka bertemu semula di bawah naugan arasy Allah di akhirat kelak.

Dan yang paling menarik, bagaimana Rasulullah s.a.w biiznillah berjaya mentarbiyyah para sahabah, sentiasa dalam keadaan; kalau tak dalam keadaan merendahkan diri pun (ruku') , lebih mejatuhkan dan memperhambakan diri sepenuhnya kepada Allah ta'ala (sujud)! sentiasa dalam rukka'-an sujjadan!

That was the product that Rasulullah s.a.w left behind.
That was the effort of the da'wah of Rasulullah s.a.w.

Lalu dalam ayah yang sama, Allah menyifatkan tarbiyyah yang dibawa oleh Rasulullah ini:


seperti menanam benih yang mengeluarkan tunasnya.
lalu tunasnya itu menjadi kuat,
besar dan tegak di atas batangnya, 
lantas menyenangkan hati sang penanam tadi.

begitulah tabi'at tarbiyyah kita.
seperti menanam benih kecil, yang diharapkan dapat memberi buah kepada ummah.
bukan sekejap, bukan senang.
perlu dijaga dengan teliti, dan mungkin memakan masa puluhan tahun..


bersabarlah dalam mentarbiyyah dan ditarbiyyah, kerana buah yang lazat pasti menunggu.
Kalau tidak di dunya ini sekalipun, di akhirat kelak inshaAllah..




(dah seminggu buat video ni, baru sempat bagi syarah sikit, haha.)
(mood: cuba buang harapan-harapan untuk makan buah degan cepat... T_T)

 

Saturday, April 30, 2011

ponder upon.

walaupun sebesar mana ruang 'amal yang telah terbuka,
'amal kita tetap akan dinilai secara individu.

itu pasti.

dan apabila kita bekerja bersama-sama,
kesalahan kita, mereka pun kena tanggung.

bahaya tu.

baliklah kepada asal, ber'amal untuk mencapai keredhaan Allah.
jadilah yang terbaik akhlaknya, ibadahnya, fikrahnya.
dan kita cuba capai yang tebaik secara beramai-ramai.

namun tak bermakna kita boleh harapkan orang lain senantiasa.
tak, tak sama sekali.

back to basic, brother.

'amal-'amal kolektif kita, tak akan mampu menampung lompong-lompong dalam 'amal fardhi kita.
tilawah kita. solat kita. qiyam kita.
kuatnya kita, istiqamah sentiasa dengan 'amal kita,
itulah sumber kekuatan mutlak bagi kita. bagi kebersamaan kita.

dan dalam lalainya kita dengan sisa-sisa jahiliyyah,
ingatlah, da'wah ini tak rugi apa-apa pun walaupun sedikit.

back to basic, brother.

jangan, tolonglah, jangan terlalu ditenggelami dengan beban mas'uliyyah kita.
seolah-olah kita boleh claim pada Allah, "inilah sumbangan aku pada islam!"

sedangkan,
sedangkan....
kita sendiri tak mempamerkan islam yang sebenar pada orang lain.
sedangkan...
kita sendiri tak mempraktikkan islam secara keseluruhannya untuk diri kita!

memanglah, iman naik dan turun.
tapi kalau turun, tak kan lah tak perasan?
dan biar ia menurun dan menurun?

sebanyak mana pun 'amal-'amal teknikal yang kita buat:
mengumpul database? mengurus website? menjadi mas'ul program?
kalau tak balik kepada jalan untuk mencapai keredhaanNya, tak guna pun.
hanya nilaian manusia yang kita peroleh, redha Allah entah ke mana...

huh...

ingat ya,
antara sifat orang muttaqun itu,
apabila dia melakukan secebis fahisyah pun,
atau menzalimi dirinya sendiri,
dia (secara automatiknya) ingat Allah.
dan mohon ampun daripadaNya.


Ketika berkata Tuhan kepadaku,
tidakkah malu melakukan maksiat terhadapKu?
Menyembunyikan dosa daripada makhlukKu
Dengan penuh noda menghadapKu?


(dah lama tak muhasabah camni)
(kalau ada teman nak dimuhasabah sekali pun best jugak)
(haha,)

Wednesday, April 6, 2011

attaining strength



Attaining strength?
Brotherhood is important, indeed.

[8:46]
If we fall into disputes, we'll lose our strength.

But whats more important?

Taubah. Repentance, [11:52].
Sabr. Patience and preseverance. [6:67]

Solely, we being dependent on Allah alone.
Its not our borthers and families.
Nor our wealth.
Or even our cleverness.

It's Allah, the source of all might.

*

We know the road is long.
Make us strong, ya robbana.

Thursday, January 20, 2011

this worldly life

Dan berapa banyak nabi yang berperang, bersamanya ada sejumlah pengikut bertaqwa yang ramai. Mereka tidak lemah dengan apa yang menimpa mereka di jalan Allah, tidak lesu dan tidak menyerah (kepada musuh). Dan Allah mencintai orang-orang yang sabar.
[aali 'imran 3:146]
Jelasnya, antara ciri golongan robbaniyun, adalah tidak lemah dengan apa yang menimpa mereka.
Dengan lebih tepat lagi, tidak wahan, seperti mana dalam ayah tersebut:

فَمَا وَهَنُوا لِمَا أَصَابَهُمْ فِي سَبِيلِ اللَّهِ

Seringkali, para du'at hari ni futur akibat kecintaan yang berlebihan pada dunya sendiri.
Terlalu sedih dengan keputusan peperiksaan yang teruk.
Terlalu tertekan dengan kehilangan harta seperti laptop dan sebagainya.
Sehingga tak mampu untuk kembali berdiri semula!

Dan sebegitu jugalah yang berlaku pada Ka'ab bin Malik r.a.
Kerana tertipu dengan kehidupan dan keselesaan dunya yang sementara,
maka dikorbankan seruan jihad di Tabuk oleh ar-rasul s.a.w.

Lantas tiada ucapan lain yang mampu diluahkan para rabbaniyin ini,
melainkan memohon ampun, atas berlebihannya mereka pada urusan-urusan dunya mereka.
Demi bisa kekal berjuang pada saff ini.

Dan tidak lain ucapan mereka hanyalah do'a, "robbana, ampunilah dosa-dosa kami dan tindakan-tindakan yang berlebihan dalam urusan-urusan kami, dan tetapkan pendirian kami dan tolonglah kami menghadapi orang-orang kafir".
[aali 'imran 3:147]
dan terkadang diriku terfikir,

secuak-cuaknya kita kalau belum studi untuk exam,
adakah secuak itu kita kalau belum prepare bahan usrah untuk para mutarobbi kita?

(entah lah, adakah wajar dibandingkan sebegitu?)

Satu persoalan oleh Allah, sama-sama kita selalu ingat inshaAllah,

? أَرَضِيتُمْ بِالْحَيَاةِ الدُّنْيَا مِنْ الآخِرَةِ

[9:38]

Allahu 'alam.

=)
never forget to smile!