Sunday, July 3, 2011

triumph


1.

Seronok tengok manusia yang ingin kembali ke pangkal jalan. Balik kepada rabb yang menciptakan. Kembali menjadi hamba yang sedar dengan kewujudan tuannya.

Wahai hamba-hambaKu yang melampaui batas, jangan kamu semua berputus asa daripada rahmat Allah. [39:53]

(Ibrahim a.s.) berkata: "tidak ada yang berputus asa daripada rahmat rabb mereka, kecuali mereka yang sesat" [15:56]

2.

Memang best tengok insan yang terus-menerus pegang kepada tali Allah ta'ala, walaupun diuji bertubi-tubi. Difitnah, dipenjara, walaupun pernah tersasar daripada ad-deen, tetap kembali kepada Allah akhirnya.

And i cannot help it but to relate the story with the story of Yusof a.s.
No wonder the story of Yusuf a.s is told by Allah 'azza wajal as the best of stories ever.

Kami ceritakan kepada kamu (Muhammad), sebaik-baik kisah.. [12:3]

Itu baru tengok movie, cerita yang direka. Dan ujian-ujian nya pun tak setara mana.

I wonder how it would like when Rasulullah s.a.w was narrated this story by Jibril a.s himself,
a true story of the people in the past,
which has an astonishing resemblance with ar-rasul's, s.a.w life himself.

Tu lah, sebab kita tak laluinya.
Sebab tu kita tak rasa.
Sebab kita masih lagi dalam keselesaan dan kejahilan.