Wednesday, December 7, 2011

biasalah bertengkar kan







You know what? I see myself in this video. Exact resemblance! Sejibik.
And it happens a few times with my best buddies.

The only difference is that, i'm not that really good at saying sorry.
And the situation does not end as easy as that.
It will last for days and days..., and... at the end, i'll become lost.
"why was we having fight with each other again?"

hmm. macam budak-budak.

Tapi tu dulu kot. harap-harap sekarang dah tak lagi macam tu.inshaAllah!

Kids will always be kids? Nah!!

Jangan lah macam tu... kena lah matang sikit.

Kita matang dengan islam. dengan ajaran Quran. dengan pedoman iman.
Kita matang kerana kita meletakkan Allah di tempat teratas.
Dan kita tak kisah betapa lemahnya kita di mata manusia, asalkan di sisi Allah, kitalah terhebat!

well, i remembered a couple of times, bila tangisan air mata tu dah tak boleh kawal.
Sebab sedih sangat. sebab rasa bersalah dengan member baik.

from now on, harap-harap dapat buat macam tu juga dengan Allah.
rasa bersalah dengan Allah, sampai tak boleh henti air mata keluuar...huhu

In the end Allah is the one who will always entirely be with us. He is our greatest friend.
As ar-rasul s.a.w said at the end of his life:


!في رفيق الأَعْلَى
fee rafeeqil a'la!
(towards the highest best friend)


Allah knows best, Allahu 'alam.

apa-apa pun, terbaeekkk a video ni!
terasa jiddan kottt..

fahmi
leeds, UK
masih belum ada salji yang boleh dimain.

Tuesday, December 6, 2011

seronok pulak baca blog

Tadi ada la jalan-jalan di tempat-tempat tulisan orang lain.
Tiba-tiba terasa nak menulis juga.
Sebab apa yang saya rasa, tulisan mereka tu hidup dan menghidupkan. Bukan sarat dengan ilmu banyak mana pun. tapi bila dibaca..., subhanAllah.

Direnung dan direnung dalam diri, dimuhasabah..
Pengalaman-pengalaman yang mereka coretkan tu, terasa amat indah. Baik yang telah lama mendapat tarbiyyah, atau pun yang telah lama hidup sebagai muslim yang mencari.

And then again,
Apa salahnya saya menulis saja apa yang terbuku? Yang ingin disampaikan?
Setiap 'amal bergantung kepada niat. Semua orang tahu tu.
Mungkin, hati ni terlalu berkira-kira, ada ke yang nak baca ni?
Apa diorang akan fikir tentang aku lepas baca post ni?
and the list goes on..

tak mengapa.

Ingat lagi saya ada cerita ada orang yang mintak artikel-artikel untuk dipaparkan di suatu website baru?
Alhamdulillah website tu macam dah mula beroperasi dengan baik.
Satu ruang 'amal lagi telah terbuka buat saya. Dan rasanya, blog ni bukan lah tempat terbaik. Sebab siapa yang menulis itu tak penting pun.
Yang penting, manusia umumnya dapat mendapat manfaat daripada penulisan yang banyak tu.

Jadi saya akan terus menulis saja di sini, walaupun tak seberapa.
tapi dengan memperbetulkan niat, bermula dengan bismillah, jalan saja!
walaupun tak ramai, tapi inilah antara saham saya di akhirat kelak inshaAllah.
Dan mana-mana yang sesuai akan dihantar ke website tersebut.

Saya dah tak tahu siapa yang masih baca blog ni.
manalah tahu ada silent reader yang ramai di luar sana. haha. saya pun salah seorang juge.

oh, dan saya ingat lagi saya suka tulis blog supaya rakan-rakan teman baik saya dapat update keadaan saya di sini dan ukhuwwah tu berkekalan. Harap-harapnya objektif masih lagi tercapai, haha.


fahmi
leeds, uk
2 jam lepas solat isyak, baru pukul 8.30pm.