Wednesday, May 2, 2012

berangkatlah...

Bismillah,

Dengan namaMu ya Allah, aku menulis.

Belakangan ini, sangat banyak perkara-perkara yang berlaku, yang acap kali dapat dirasa bahawa Allah ta'ala sangat menyayangi aku dan kita semua.

Dia berulang-ulang kali mengingatkan aku sepaya menjaga hidayah yang telah dikurniakan, supaya memohon dipimpin ke jalan yang lurus pada setiap detik mendatang. Supaya kekal dalam berniat untuk mencari redhaNya melampaui segala yang lain.

Perkongsian ahli-ahli rombongan umrah tentang pengalaman mereka memijak sendiri bumi dakwah yang dijalani oleh Rasulullah s.aw. dan para sahabat, apa lagi bekalan paling besar bagi daie yang menjadikan ar-rasul s.a.w sebagai teladan hidupnya?

Berdepan sendiri dengan bangunan kaabah yang dibina oleh moyang kita Nabi Ibrahim a.s., lantas teringat pula kisah legasinya yang mewariskan gelaran muslim itu kepada kita. Yang kerana doanya, menjadi antara sebab mengapa Allah ta'ala menurunkan seorang rasul yang membacakan ayat-ayat ke atas kita, menyucikan dan mengajarkan kita kitab dan hikmah.

Kemudian pula pengalaman saudaraku menyertai street dakwah. SubhanAllah, tak dapat digambarkan dengan kata-kata, bagaimana begitulah sedikit daripada apa yang Rasulullah s.a.w dan para nabi merasai, membawa suatu yang asing kepada orang lain. Dan ada pula, biiznillah, dibukakan pintu hidayahnya untuk memerima nikmat ini. Betapa adakah aku benar-benar menghargai apa yang telah dipegang selama ini?

Pada masa yang sama pelbagai tragedi berlaku di seluruh dunia. Di mesir, kerajaan tentera masih lagi tak mahu melepaskan tampuk kepimpinan dengan membatalkan beberapa pencalonan presiden. Rakyat yang mahu menjaga reformasi ini terus bergerak untuk menuntu hak keadilan mereka.

Telah berlaku juga ulang tahun peristiwa Dier Yassin dan syahidnya Dr. Abdul Aziz ar-Rantisi. Salang mengingatkan aku tentang perjuangan yang tetap selama nya akan berterusan seperti mana yang dijanjikan oleh Rasulullah s.a.w. Akan ada golongan yang berada mengelilingi masjidil aqsa itu, sentiasa terus-menerus memperjuangkan yang hak.

Kemudian ada perhimpunan yang sepatututnya aman berlangsung sangat dekat dengan aku, di tanah air sendiri. Ramai mengutarakan komentar masing-masing di ruang lingkup media sosial yang dimiliki. namun amat menyedihkan, perisitiwa menunjukkan keruntuhan akhlak yang amat sangat dalam kalangan setiap ummat di malaysia itu. Tak kira lah dari pihak mana. Tak kira lah yang memegang kuasa atau pun tidak... memang mereka lah yang sepatutnya didakwahi, disantuni dan ditarbiyyah... individu-individu tu! Lebih penting daripada pembaikan sistem atau tampuk pemerintah yang sedia ada... kerja kita masih terlampau banyak...

Bertubi-tubi, terus-menerus Allah ta'ala mengingatkan aku, kekallah bersama dalam dakwah ini... teruskan beramal, dan memang dalam amal-amal itu juga ada bekalan. Allah tak pernah memerlukan aku atau kau atau sesiapa sahaja dalam muka bumi ini untuk menegakkan yang benar, dan boleh saja dia mendatangkan suatu kaum lain, menggantikan aku yang MALAS-MALAS nak bergerak bersama-sama ni..! Dan kredit nya tetap kepada Allah, bukan kepada mereka yang Allah datangkan itu...

Aku mahu berada bersama-sama ya Allah, dalam menyebarkan risalah dan menegakkan syariah Mu.
Aku mahu mendapat redha Mu, dan aku mahu aku redha dengan segala ketentuan Mu.
tiada masa untuk berlengah-lengah... Aku tak mahu digantikan. Aku tak mahu jadi penonton. Aku mahu bergerak. Aku mahu mencapai syurga yang tertinggi bersama rakan-rakan yang terbaik, daripada kalangan nabi, siddiqin, para syuhada' dan orng-orang soleh...

Fahmi
Leeds
5 minit sebelum solat maghrib.