Wednesday, November 21, 2012

saya suka ukhuwwah macam ni

bismillah,

hari ni saya rasa nak bercerita sekejap, sebelum teruskan mengadap assingment.

Hari ini saya ada field trip pergi membrane chlorine plant, trip kedua selepas tahun ke-3 di university of Leeds. Bosan betul tengok process engineers tu bekerja. Menghadap komputer, dalam bilik yang luas dan kosong, dengan ada 2 atau 3 orang lagi dalam bilik tu. Boleh dikira berapa orang engineer yang ada untuk plant seluas tu... "Memang bersosial dengan tank dan reactor je la diorang ni!" saya bisik dalam hati.

Tapi saya faham, memang setiap kerja tu ada peranannya dalam islam. As long as you clear what is your target, there'll be no problem at all. Kerja kena bersungguh-sungguh, penuh ehsan kata orang. Habis kerja, pergi la bawak usrah. haha

Tapi bukan tu yang saya nak cerita.

Baru je balik je rumah, solat dan makan semua, tiba-tiba ada mesej masuk: "Jom skype!"
Saya yang tengah baring-baring, tengah berkira-kira, "ni nak accept ke nak decline ni...??"

Saya nak accept, sebab
- dah lama tak jumpa
- dah berkali-kali cuba skype dengan dia sebelum ni

tapi saya pun nak decline, sebab
- letih, baru je balik ni
- besok ada somewhat deadline untuk assignment
- kalau dah borak dengan dia, confirm lama ni

Tapi somehow saya reply dengan senyuman. nak tengok apa jawapan dia. haha
Nampak dia memang available betul-betul, saya pun accept lah. InshaAllah ada barakahNya ni.
Dua orang yang bertemu dan berpisah kerana Allah kan dapat naugan Arasy Allah di hari tiada naugan selain nauganNya? So based on that hujah, cuba betulkan niat.... and go! Haha

Over je drama.

Anyways, ini conversation skype saya yang paling sekejap dengan dia. rasanya lah.
Dan nak dijadikan cerita, ada orang lepak di bilik saya, ramai orang datang cari saya, macam-macam.
Dan memang rasa tak puas sebab asyik terganggu. tensyen sangat. haha.
Akhirnya ada orang lain yang contact, terpaksa diputuskan...

Somehow, tetiba rasa sedih. Sebelum ni tak pernah terfikir pasal dia pun. hehe ;p. Ada, tapi tak lah macam 1st year dulu. Because i have faith in him, and believes Allah will take care of him. Selalu doa camtu.

Dan, bi iznillah, tetiba kami berbual sekejap camni, terasa banyak hikmahnya. Ada masa untuk siapkan coursework, tetiba badan jadi segar (sebab tadi berbaring-baring je) dan yang paling penting, macam terasa iman bertambah. Rasanya la...

Dan saya suka ukhuwwah yang macam ni.

Muga Allah jadikan cinta kami ni, adalah melaluiMu dan keranaMu ya Allah.

Thursday, November 8, 2012

saya nak jadi kuat

Bismillah,

Pernah tak kita rasa sangat malas, letih dan depressed,
tapi kita tahu kita perlu buat sesuatu.
Anything will do. Just do something!
Wake up, Get up! Start doing something for your life!
Dan seruan-seruan yg seumpamanya, kita lontarkan pada diri sendiri.

Bukanlah kita tak sedar, atau just being ignorant,
it just that..., we seems to lost our willpower. Rasa lemah sangat.
Dan kita tahu apa puncanya - banyak buang masa, berlengah-lengah, dan tak menjaga hubungan dengan pencipta kita.

Kita nak bangun, dan bergerak. Tapi, tak lama lepas tu... kita akan jatuh balik.
Stumble upon the same spot. Tak jumpa sumber kekuatan.

Apa yang patut kita pohon pada Allah? Apa yang kita perlukan?

Manusia.

Yes indeed, Allah is the most supreme. He can give the willpower to us.
tapi kita sebagai manusia ni, perlukan manusia lain juga.
Keluarga, teman-teman, rakan sejawat, masyarakat.

Kan seronok kalau ada seruan-seruan dari luar, banding kalau kita je yang menyeru diri sendiri?

Betullah.
Best betul kalau hidup dalam kalangan mereka yang sentiasa berpesan-pesan kepada hak dan kepada sabar.
Akan ada je orang yang menarik kita ke atas semula setiap kali kita jatuh.
Tiada masa nak bermain-main, nak buang masa.