Tuesday, September 9, 2014

looking back, moving foward!

"Assalamualaikum. Aku nak mintak pendapat sikit ni. Boleh?"

"Eh Khalid! Waalaikumussalam. Boleh je. Kenapa?"

"Camni.. Aku nak sambung belajar lah. Tapi tak minat medic. Ataupun boleh kata benci!"

"Haha kau memang daripada dulu camni. Medic tu dah macam jadi musuh ketat kau. haha. Bagus lah. Kau nak sambung belajar apa kalau macam tu?"

"Hahaha. Kalau boleh nak sambung ambik language... Ambik TESL. Sekurang-kurangnya minat lah jugak.. Cuma masalahnya takde basic. Kau rasa macam mana?"

"Apakah... You have been living in a English-speaking country for years! What's more basic than that for TESL?"

"English is only a minor thing in TESL. Banyak lagi kot kena belajar!"

"Memanglah.. tapi basic apa yang kau perlukan lagi. Semua "banyak lagi" tu lah menda-menda yang kau akan belajar nanti masa kat sana. From basic.

   Kau akan belajar lah tentang falsafah-falsafah dan konsep dalam pendidikan. Tentang psikologi. Tentang pengurusan. Kaedah-kaedah dalam mengajar. Mungkin tentang teknologi jugak yang ada kaitan dengan pembelajaran.

   Cuma.. memang kau minat mengajar ke?

   Aku pun minat language jugak. Cumanya.. kalau aku lah. Aku cenderung untuk belajar tentang bahasa tu sendiri. Its detailed grammar and style. Tentang sejarah bahasa tu. Perkembangan dan perubahan bahasa. Tentang pengaruh geografi atau sosial pada bahasa. Kaitan bahasa dengan bangsa. Kajian terhadap bahan sastera etc2.. You know, those kind of stuffs.

   Sebab aku ni memang that kind of person.. Analyst.. Suka belajar dan menjadi pelajar."


"Ooo. Wow. You might be right... Dan aku memang nak mengajar pun. Seronok..

    Well Alip, you know quite a lot for an engineering guy. Haha. So lepas ni buat master dalam language in engineering la? Hahaha!"


"Err.. Ni barulah orang kata takde basic... haha.. Macam mana nak sambung pulak"

"Takpe lah kau kan pandai. Boleh je teruskan walaupun tak minat.."

"Sekurang-kurangnya aku takde lah sampai benci engineering! Haha!"

"Tapi kau suka kimia kan Alip?? As they say.. the biggest mistake of choosing chemical engineering... is to like chemistry as their reason. Haha.. "

"Errrr.... Jangan la cakap camtu.. down aku.
Its hard to accept but its the truth... undeniably."

"Or its like how you hated physics and good in biology.. And ended up doing medic that you hated for the rest of your life.."

"Alamak... Jangan la bukak cerita sedih lagi.."

"Hahaha. Chill. Cheer up. Aku okay je. Kau yang lebih-lebih. Selalu macam ni."

"Sorry.. kau pun memang kenal aku kan Khalid. Sedih kau akan terpantul kat aku. haha"

" You know, Alip..  it is interesting..
How we are now laughing at our mistakes..
And how stupid and naive we were when we were young...

"...."

"And somehow.. that stupidity has made us stronger...and wiser.

Alhamdulillah 'ala kulli hal."

"...

..True.
Couldn't agree more.

Alhamudulillah"

Sunday, September 7, 2014

Cintai kebenaran, jaga akhlak

Bismillah.

Jom kita mentadaburri satu kisah dalam al-Quran.
وَإِذْ قَالَ رَبُّكَ لِلْمَلَائِكَةِ إِنِّي جَاعِلٌ فِي الْأَرْضِ خَلِيفَةً ۖ قَالُوا أَتَجْعَلُ فِيهَا مَن يُفْسِدُ فِيهَا وَيَسْفِكُ الدِّمَاءَ وَنَحْنُ نُسَبِّحُ بِحَمْدِكَ وَنُقَدِّسُ لَكَ ۖ قَالَ إِنِّي أَعْلَمُ مَا لَا تَعْلَمُونَ

Dan (ingatlah) apabila berkata Rabb-mu malaikat-malaikat: "Sesungguhnya Aku pen-jadi di bumi seorang khalifah". Mereka (malaikat) berkata: "adakah Kau nak jadi pada bumi itu mereka yang merosakkan padanya, dan menumpahkan darah-darah, sedangkan kami berterusan bertasbih dengan pujian terhadap Kau dan dan menyucikan Kau?" Dia (Allah) berkata "sesungguhnya Aku tahu apa yang kamu semua tak tahu".
وَعَلَّمَ آدَمَ الْأَسْمَاءَ كُلَّهَا ثُمَّ عَرَضَهُمْ عَلَى الْمَلَائِكَةِ فَقَالَ أَنبِئُونِي بِأَسْمَاءِ هَٰؤُلَاءِ إِن كُنتُمْ صَادِقِينَ
Dan Dia mengajarkan Adam, nama-nama (setiap sesuatu) kesemuanya. Kemudian Dia tunjukkan segala seuatu tersebut ke atas para malaikat. Maka Dia berkata: "beritahu Aku nama-nama benda-benda ni, kalau lah kamu semua ni geng-geng benar"
قَالُوا سُبْحَانَكَ لَا عِلْمَ لَنَا إِلَّا مَا عَلَّمْتَنَا ۖ إِنَّكَ أَنتَ الْعَلِيمُ الْحَكِيمُ
Mereka berkata: "Maha suci Engkau, tiada lah ilmu untuk kami selain daripada apa yang Kau ajarkan Kami. Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui, Maha Bijaksana.

قَالَ يَا آدَمُ أَنبِئْهُم بِأَسْمَائِهِمْ ۖ فَلَمَّا أَنبَأَهُم بِأَسْمَائِهِمْ قَالَ أَلَمْ أَقُل لَّكُمْ إِنِّي أَعْلَمُ غَيْبَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ وَأَعْلَمُ مَا تُبْدُونَ وَمَا كُنتُمْ تَكْتُمُونَ
Dia berkata: "wahai Adam, beritahu mereka nama-nama ni semua". Setelah dia (Adam A.S) beritahu mereka nama-nama benda-benda itu, Dia (Allah) berkata: Tidakkah Aku berkata kepada kamu semua, sesungguhnya Aku tahu perkara ghaib/ tak nampak daripada langit-langit dan bumi, dan Aku tahu apa yang kamu semua nyatakan dan apa yang kamu telah sembunyikan?

وَإِذْ قُلْنَا لِلْمَلَائِكَةِ اسْجُدُوا لِآدَمَ فَسَجَدُوا إِلَّا إِبْلِيسَ أَبَىٰ وَاسْتَكْبَرَ وَكَانَ مِنَ الْكَافِرِينَ

Dan ingatlah ketika Kami berkata kepada para malaikat: "Sujudlah kamu semua kepada Adam", maka semuanya sujud melainkan iblis - dia enggan dan dia sombong - dan dia tergolong daripada geng-geng kafiir,

[Al-baqarah, 2: 30-34].

Petikan kata-kata Allah tentang perihal bagaimana Allah mengajar bagaimana perbincangan dan ketaatan antara makhluk-makhluk yang berbagai darajat - malaikat, manusia (Adam A.s) dan iblis.

Pada mulanya Allah ta'ala - pemimpin dan pentadbir alam ini - mengeluarkan suatu kenyataan tegas kepada "orang bawahan" Nya (malaikat): "Aku akan jadikan di atas muka bumi ni seorang khalifah".

Kemudian dibidas oleh orang bawahan dengan hujah dan fakta, berdasarkan "seniority" dan pengalaman mereka sebagai makhluk Allah:
"Kau nak jadikan khalifah daripada mereka yg buat kerosakan? Yang menumpahkan darah?
Sedangkan kami ni sentiasa bertasbih dgn pujian2 kepada Mu, menyucikanMu."

Kesemua ni fakta, tanpa ada emosi atau niat untuk melanggar seruan Allah.

#1. Tak mengapa untuk berbeza pendapat, asalkan disertai dengan hujah yang relevan.

#2. Kejarlah kebenaran, bagaimana malaikat sendiri sanggup berhujah dengan Allah ta'ala. Apatah lagi manusia -  tiada yang berstatus maksum dan pendapatnya betul belaka walaupun berautoriti/ bertauliah. Bahkan Rasulullah s.a.w sendiri berbincang dan meraikan kepelbagaian pendapat para sahabat.

Kemudian Allah menjawab dengan "Sesungguhnya Aku tahu apa yg korang tak tahu". Sesolah-olah tiada ruang perbincangan atau autoritik kan? (na'uzubillah min zalik) Tak juga. Allah kemudiannya membuktikan kenyataannya.

Dia mengajarkan Adam kesemua nama-nama. Kesemuanya! Kemudiannya disoal kepada para malaikat: "beritahu Aku nama ini dan ini semua". Malaikat tak tahu.

Kemudiannya pula diperitahkan kepada Adam untuk beritahu malaikat nama-nama benda-benda tadi. Lalu dikatakan kepada malaikat, seolah-olah macam ni kalau dalam bahasa kita: "kan aku dah bagitau.. aku tahu semuanya". Lalu terbukti lah pengetahuan Allah ta'ala untuk jadikan khalifah. Sedangkan boleh saja Allah sebagai penguasa dan pencipta sekalian alam, mengunnakan kekuasaan atau autoriti mutlakNya untuk mengiyakna para malaikat. Dengar dan taat sajalah! Namun tidak demikian. Begini Allah mengajar kita.

Juga dalam perbincangan tersebut juga, terdapat suatu perkara besar yang dapat saya ambil iktibar, iaitu akhlak. Tengok macam mana Allah ta'ala menyuruh Adam a.s. - makhluk fresh/ junior diminta untuk "memberitahu" kepada makhluk yang lebih senior daripadanya, bukan lah "mengajar" ataupun "membetulkan".

#3. Hujah dibidas dengan hujah. Barulah adanya perbincangan yang sihat.

#4. Sentiasa menjaga adab dan akhlak - berbeza pandangan memerlukan mutual respect (penghormatan bersama) antara semua pihak

Lepas itu, Allah ta'ala memerintahkan mereka untuk bersujud kepada Adam a.s. Dengan penuh taat, beserta kejelasan tentang Allah, kukuasaan dan pengetahuanNya, fasajadu.. mereka sujud.

Melainkan iblis. Dia enggan. Dan dia sombong, berasa besar (istikbar). Lantas pdapat pengisytiharan daripada Allah - termasuk geng-gen kafir.

Kenapa kafir? sebab dia menidakkan apa yang telah Allah tunjukkan tadi! Kafir secara linguistik orang yang menimbus/ menanam. Iaitu mereka yang telah mengetahui kebenaran, tetapi ditimbusnya seolah-olah tak pernah ditunjukkan dengan kebenaran tersebut.

Di hujung perbincangan, kebenaran atau keputusan yang dijumpai, dengan hujah-hujah tertentu, perlu diterima dengan berlapang dada. Bukan dinafikan dengan penuh sombong.

#5. Kebenaran yang dicari dan dijumpai jangan ditimbus. Terimalah dengan baik.

Begitulah Allah mengajar kita. Allahualam.

Monday, April 21, 2014

An Art of Appreciation

Bismillah ar-rahman ar-rahim.

Kalau orang tanya pada saya,

"apa yang paling kau berubah sejak bersama dengan tarbiyah dan usrah?"

"Yelah, kau memang dah soleh, tak smoking, takde awek pun, solat pun jaga."

Mula-mula memang saya akan menafikan dulu lah. Saya mula solat dan membaca Quran sewaktu sekolah asrama. Kerana dibudayakan. Habis sekolah, solat hajat untuk result SPM je banyak. Solat fardhu tak jaga pun.
Tetapi memang, akan saya katakan, apa yang paling saya rasa bersyukur dengan tarbiyah ini adalah,

Saya tidak memikirkan tentang diri sendiri saja. Hidup ini bukan untuk saya seorang. Malah saya mengambil berat orang lain, pening memikirkan masalah mereka lebih daripada saya sendiri. Orang lain, mereka menjadi sebahagian daripada hidup saya.

Saya ingatkan itu bagus. Alhamdulillah.

Namun,
Apabila saya ditimpa masalah, saya masih lagi tak memikirkan diri sendiri. Dalam kepala, selalu terfikir -

"ah orang lain lagi banyak masalah, jangan fikir sangat masalah ko boleh tak".
" ko ingat ko sorang je sibuk. Orang lain tu lagi sibuk daripada ko, tapi lagi banyak kerja dan amal kebajikan yang dilakukan daripada ko."

Dan pabila orang tanya tentang diri saya, maka saya akan kata:
"oh takde pape. takde hal lah. semua ok je inshaAllah. *smile*"
"jarang risau, semua akan selesai"
"tak payah risaukan aku, aku cukup makan je alhamdulillah"

Seolah-olah,
Saya ini tak perlu dibantu.. Dan kerja saya hanya membantu orang lain.
Dan kepada orang lain, sila jangan risaukan saya.

Maka,

Sedar tak sedar, ada seperkara penting yang besar, yang baru saya sedar dan perlu berubah juga.
Iaitu, seni sebuah penghargaan.

Kadang-kadang, saya rasa saya dah cukup buat baik. Mengorbankan diri untuk orang lain. Kononnya.
Bila ditimpa masalah, hanya Allah yang membantu. Kepada Allah sahaja pengharapan dipanjatkan.
Dan mulalah, amalan-amalan peribadi disemak semula. Kembali mendekatkan diri kepada Allah. lagi.

Baru-baru ini, saya berbincang dengan orang lain tentang masalah yang dihadapi.
Antara ayatnya yang saya teringat sampai sekarang,

"Kau ni terlalu baik lah Fahmi." "If I were you, i would back off from all the spring camps what so ever."

And I'm not expecting that from him. Antara orang yang dibayang-bayangkan amalnya lebih hebat di sebalik kesibukan tanggungjawabnya tadi.

And another person said to me:

"Get people to help you. When you ask help from Allah, it's not going to be simply magical. Allah can help us by giving us people who can ease our efforts.. even if it is little"

Spot-on. As I was telling him how I didn't have a shoulder to lean on here.
The question is - did you even tried to search for a shoulder? Or you are too picky.

I am weak. I dont have to pretend to be strong. Admit it. Allah is The Strongest and the source of Strength.

Seacrh for help. Be humble. Asking for help will not nullify helps that I have given to others.

And.. do appreciate others around me. If they are worried about me, it means that you are to be worried. They have the rights to help me, as I have the right to help them..

I know I shouldn't write now. I 'll continue my work straight away.
Jazakumullah khair for those who always pray for me and worry about me

I love y'all fillah.

(suddenly I started writing in English half-way through. Tak perasan pulak. huhu)

fahmi
leeds

Sunday, April 20, 2014

Kecintaan

Bismilillah ar-rahman ar-rahim.

Manusia itu memerlukan cinta. Dia akan sentiasa mencari cinta.
Untuk merasai dirinya dicintai. Untuk merasai dirinya dihargai.
Dia akan cuba mencari cinta daripada makhluk disekelilingnya.
Namun cinta oleh mahkluk selain manusia adalah terhad. Mereka tak mampu berfikir dan merasai. Semua tindakan adalah berlandaskan firasat dan deria mereka semata-mata. Binatang perliharaan, bukan sahaja kucing atau anjing, malah harimau atau beruang, akan mencintai mereka yang memeliharanya dengan kecintaan.
Maka, manusia itu akan mencari cinta daripada manusia lain. Keluarganya. Teman-teman rapat. Pasangannya. Anak-anaknya.
Namun akan tiba masa suatu ketika apabila cintanya tak terbalas, manusia itu akan kecewa. Kerana kebergantungan cintanya adalah pada manusia yang juga memerlukan cinta.
Apatah lagi pada kecintaan pada harta dan kedudukan. Memang tak akan bawa ke mana/ 

Cinta manusia terhad. Cintanya adalah terbatas.
Dalam menawarkan cinta pada orang lain, dia akan keletihan. Dia tak akan mampu mencintai semua orang yang menuntut cinta daripadanya. Walau sedaya mana pun dia berusaha.

Maka,
Kembalilah manusia itu kepada penciptanya yang Maha Mencintai. Sumber Segala Kencintaan.
Mencintai Tuhan tak akan membawa kepada kekecewaan.
Malah sentiasa akan mendapat balasan kecintaan yang berganda lebihnya.



fahmi
leeds, UK