Sunday, September 7, 2014

Cintai kebenaran, jaga akhlak

Bismillah.

Jom kita mentadaburri satu kisah dalam al-Quran.
وَإِذْ قَالَ رَبُّكَ لِلْمَلَائِكَةِ إِنِّي جَاعِلٌ فِي الْأَرْضِ خَلِيفَةً ۖ قَالُوا أَتَجْعَلُ فِيهَا مَن يُفْسِدُ فِيهَا وَيَسْفِكُ الدِّمَاءَ وَنَحْنُ نُسَبِّحُ بِحَمْدِكَ وَنُقَدِّسُ لَكَ ۖ قَالَ إِنِّي أَعْلَمُ مَا لَا تَعْلَمُونَ

Dan (ingatlah) apabila berkata Rabb-mu malaikat-malaikat: "Sesungguhnya Aku pen-jadi di bumi seorang khalifah". Mereka (malaikat) berkata: "adakah Kau nak jadi pada bumi itu mereka yang merosakkan padanya, dan menumpahkan darah-darah, sedangkan kami berterusan bertasbih dengan pujian terhadap Kau dan dan menyucikan Kau?" Dia (Allah) berkata "sesungguhnya Aku tahu apa yang kamu semua tak tahu".
وَعَلَّمَ آدَمَ الْأَسْمَاءَ كُلَّهَا ثُمَّ عَرَضَهُمْ عَلَى الْمَلَائِكَةِ فَقَالَ أَنبِئُونِي بِأَسْمَاءِ هَٰؤُلَاءِ إِن كُنتُمْ صَادِقِينَ
Dan Dia mengajarkan Adam, nama-nama (setiap sesuatu) kesemuanya. Kemudian Dia tunjukkan segala seuatu tersebut ke atas para malaikat. Maka Dia berkata: "beritahu Aku nama-nama benda-benda ni, kalau lah kamu semua ni geng-geng benar"
قَالُوا سُبْحَانَكَ لَا عِلْمَ لَنَا إِلَّا مَا عَلَّمْتَنَا ۖ إِنَّكَ أَنتَ الْعَلِيمُ الْحَكِيمُ
Mereka berkata: "Maha suci Engkau, tiada lah ilmu untuk kami selain daripada apa yang Kau ajarkan Kami. Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui, Maha Bijaksana.

قَالَ يَا آدَمُ أَنبِئْهُم بِأَسْمَائِهِمْ ۖ فَلَمَّا أَنبَأَهُم بِأَسْمَائِهِمْ قَالَ أَلَمْ أَقُل لَّكُمْ إِنِّي أَعْلَمُ غَيْبَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ وَأَعْلَمُ مَا تُبْدُونَ وَمَا كُنتُمْ تَكْتُمُونَ
Dia berkata: "wahai Adam, beritahu mereka nama-nama ni semua". Setelah dia (Adam A.S) beritahu mereka nama-nama benda-benda itu, Dia (Allah) berkata: Tidakkah Aku berkata kepada kamu semua, sesungguhnya Aku tahu perkara ghaib/ tak nampak daripada langit-langit dan bumi, dan Aku tahu apa yang kamu semua nyatakan dan apa yang kamu telah sembunyikan?

وَإِذْ قُلْنَا لِلْمَلَائِكَةِ اسْجُدُوا لِآدَمَ فَسَجَدُوا إِلَّا إِبْلِيسَ أَبَىٰ وَاسْتَكْبَرَ وَكَانَ مِنَ الْكَافِرِينَ

Dan ingatlah ketika Kami berkata kepada para malaikat: "Sujudlah kamu semua kepada Adam", maka semuanya sujud melainkan iblis - dia enggan dan dia sombong - dan dia tergolong daripada geng-geng kafiir,

[Al-baqarah, 2: 30-34].

Petikan kata-kata Allah tentang perihal bagaimana Allah mengajar bagaimana perbincangan dan ketaatan antara makhluk-makhluk yang berbagai darajat - malaikat, manusia (Adam A.s) dan iblis.

Pada mulanya Allah ta'ala - pemimpin dan pentadbir alam ini - mengeluarkan suatu kenyataan tegas kepada "orang bawahan" Nya (malaikat): "Aku akan jadikan di atas muka bumi ni seorang khalifah".

Kemudian dibidas oleh orang bawahan dengan hujah dan fakta, berdasarkan "seniority" dan pengalaman mereka sebagai makhluk Allah:
"Kau nak jadikan khalifah daripada mereka yg buat kerosakan? Yang menumpahkan darah?
Sedangkan kami ni sentiasa bertasbih dgn pujian2 kepada Mu, menyucikanMu."

Kesemua ni fakta, tanpa ada emosi atau niat untuk melanggar seruan Allah.

#1. Tak mengapa untuk berbeza pendapat, asalkan disertai dengan hujah yang relevan.

#2. Kejarlah kebenaran, bagaimana malaikat sendiri sanggup berhujah dengan Allah ta'ala. Apatah lagi manusia -  tiada yang berstatus maksum dan pendapatnya betul belaka walaupun berautoriti/ bertauliah. Bahkan Rasulullah s.a.w sendiri berbincang dan meraikan kepelbagaian pendapat para sahabat.

Kemudian Allah menjawab dengan "Sesungguhnya Aku tahu apa yg korang tak tahu". Sesolah-olah tiada ruang perbincangan atau autoritik kan? (na'uzubillah min zalik) Tak juga. Allah kemudiannya membuktikan kenyataannya.

Dia mengajarkan Adam kesemua nama-nama. Kesemuanya! Kemudiannya disoal kepada para malaikat: "beritahu Aku nama ini dan ini semua". Malaikat tak tahu.

Kemudiannya pula diperitahkan kepada Adam untuk beritahu malaikat nama-nama benda-benda tadi. Lalu dikatakan kepada malaikat, seolah-olah macam ni kalau dalam bahasa kita: "kan aku dah bagitau.. aku tahu semuanya". Lalu terbukti lah pengetahuan Allah ta'ala untuk jadikan khalifah. Sedangkan boleh saja Allah sebagai penguasa dan pencipta sekalian alam, mengunnakan kekuasaan atau autoriti mutlakNya untuk mengiyakna para malaikat. Dengar dan taat sajalah! Namun tidak demikian. Begini Allah mengajar kita.

Juga dalam perbincangan tersebut juga, terdapat suatu perkara besar yang dapat saya ambil iktibar, iaitu akhlak. Tengok macam mana Allah ta'ala menyuruh Adam a.s. - makhluk fresh/ junior diminta untuk "memberitahu" kepada makhluk yang lebih senior daripadanya, bukan lah "mengajar" ataupun "membetulkan".

#3. Hujah dibidas dengan hujah. Barulah adanya perbincangan yang sihat.

#4. Sentiasa menjaga adab dan akhlak - berbeza pandangan memerlukan mutual respect (penghormatan bersama) antara semua pihak

Lepas itu, Allah ta'ala memerintahkan mereka untuk bersujud kepada Adam a.s. Dengan penuh taat, beserta kejelasan tentang Allah, kukuasaan dan pengetahuanNya, fasajadu.. mereka sujud.

Melainkan iblis. Dia enggan. Dan dia sombong, berasa besar (istikbar). Lantas pdapat pengisytiharan daripada Allah - termasuk geng-gen kafir.

Kenapa kafir? sebab dia menidakkan apa yang telah Allah tunjukkan tadi! Kafir secara linguistik orang yang menimbus/ menanam. Iaitu mereka yang telah mengetahui kebenaran, tetapi ditimbusnya seolah-olah tak pernah ditunjukkan dengan kebenaran tersebut.

Di hujung perbincangan, kebenaran atau keputusan yang dijumpai, dengan hujah-hujah tertentu, perlu diterima dengan berlapang dada. Bukan dinafikan dengan penuh sombong.

#5. Kebenaran yang dicari dan dijumpai jangan ditimbus. Terimalah dengan baik.

Begitulah Allah mengajar kita. Allahualam.

No comments: