saya akan berlepas dalam 7 jam dari sekarang.
balik untuk menyambung perjuangan dapatkan ijazah. hehe.
untuk menyokong tuntutan dakwah pada diri inshaAllah! oh yeah!
dengan selsema sepanjang hari tadi, entah lah macam mana saya nak duduk 13 jam atas flight tu nanti.
bila dah sampai hujung kepada sesuatu, mulalah saya imbas kembali perkara-perkara lama.
teringat saya sewaktu pertama kali berlepas dulu. punyalah semangat!
semangat nak terbang la, mana pernah pergi luar negara sebelum ni!
dan paling penting... salji!
dan sudah tentu, dari sisi terbiyyahnya, melihatkan bumi inggeris tu melahirkan begitu ramai kader-kader dakwah,
atau bahasa mudahnya mengikut kamus saya - ikut usrah,
memang tersangat ternanti apakah bentuk pentarbiyyahan yang mereka dapat.
dan memang, sepanjang tahun lepas di UK, banyak yang saya belajar.
saya tak tahu apa yang orang lain dapat, tapi saya rasa saya dapat perkara yang paling bermakna selama saya ikut usrah.
saya belajar untuk mengawal emosi - marah, tensyen, sedih, dan rindu terutamanya - kerana saya rasa inilah salah satu perkara yang amat mengganggu proses tarbiyyah saya dan orang lain dalam sesi yang lepas.
saya tahu pentingnya berinteraksi dengan orang pelbagai tahapan intelek dan spiritual. walaupun tak pandai lagi, tapi saya masih belajar.
dan saya rasa saya telah menjadi lebih manusia daripada sebelumnya!
yakni, bukan seperti robot.
kerana saya tahu orang selalu kata saya tak berperasaan. hehe
hakikatnya, kalau mereka yang mengenal saya sebelum atau pada awal-awal saya ikut usrah,
saya lah yang paling mudah terasa hati dan batu api,
saya lah yang paling senang berasa tak puas hati dengan orang lain,
dan saya lah jugak yang mudah menangis.
jadi lepas fly kali ni, saya akan jadi salah seorang senior di tempat saya.
bermaksud saya akan belajar lebih banyak lagi!
mudah-mudahan Allah mengekalkan saya dan kita semua dalam petunjuk dan hidayahNya inshaAllah. hehe.
p.s.
dan doakan saya a safe flight ye!
(macamana nak cakap a safe flight dalam bahasa melayu? penerbangan yang selamat? hmm)
No comments:
Post a Comment