Monday, August 29, 2011

i like it

blog. susah betul nak komited dan konsisten di sini kan? haha.

agaknya memang saya ni jenis yang tak suka berkongsi-kongsi perasaan, ataupun sangat selektif dalam berkongsi suatu perkara.

memang, tentang diri saya ni, tiada seorang pun tahu sepenuhnya tentang diri saya.

kawan-kawan saya tak tahu latar belakang saya in-depth, dan bagaimana saya di rumah.
ahli keluarga saya tak tahu apa yang saya pernah buat di sekolah dan universiti.
murobbi-murobbi saya tak tahu bagaimana kepekatan jahiliyyah yang masih saya cuba tinggalkan.

blog yang sebelum ni pun, belum sampai 100 pun posts ditulis, telah dihentikan operasinya.
kemudian beralih angin ke blog ni. macam lah ada beza sangat kan?

tapi kenapa saya nak tulis blog?

adapun jawapan skemanya tentu lah mahu menyampaikan fikrah islam, berdakwah dalam medan yang lebih luas, etc2.

dan memang itu menjadi prioriti tertinggi kita inshaAllah.

tapi secara jujurnya, saya tulis blog sebab saya suka tengok kawan-kawan saya tulis blog dan bercerita tentang pengalaman masing-masing.

lebih-lebih lagi mereka mengaitkan pengalaman yang mereka dapat kembali kepada Allah. Seronok dapat baca sebenarnya.

banyak blog yang saya subcribe sekarang dah tak terbaca, walaupun isinya mantop-mantop belaka subhanAllah. tapi disebabkan mereka tu bukan kenalan rapat saya, saya tak tergerak untuk membacanya. Mungkin sebab saya tak kenal sangat orangnya, dan tak dapat mengaitkan perwatakannya dengan apa yang dialaminya.

dan lebih penting, bagaimana dia melalui pengalaman tersebut.

jadi saya kira, saya tulis blog sebab nak merapatkan ukhuwwah. saya nak share apa yang saya rasa terhadap mereka, saya nak mereka tahu tentang apa yang berlaku pada saya.

kerana inshaAllah, mereka lah antara orang-orang yang saya tidak cintai,
melainkan kerena Allah dan redhaNya.

(tak bermaksud saya tak berasa demikian kepada orang yang tak ada blog! huhu)

lagipun, ukhuwwah teras kegemilangan kan?

jadi, tulislah blog! haha! =P

1 comment:

faz said...

saya paling suka baca blog awak! hihi
sampaikan agak LOL juge lah sebab baca blog awak antara perkara yg saya lakukan utk sambut raya tahun ini.hehe

agaknya memang kita sehati, sefikrah ye. saya dah lama juga unsubscribe blog2 yg saya tak kenal, dan unsubscribe blog akhawat juga! hoho

taqabalallah minna wa minkum! =)

love always
faz