Saturday, November 26, 2011

serius lain

Baru-baru ni saya dan kawan-kawan yang lain diminta menyumbangkan artikel.
Saya abaikan aja, sebab saya tak ada apa nak ditulis.

Hari ni website yang mengumpulkan artikel-artikel tu dah siap prototaipnya.
Lalu saya pun lihat tulisan-tulisan yang pelbagai, menarik juga.

Dengan itu saya terpanggil untuk mencari artikel-artikel atau blog post lama daripada blog yang dulu. Yang saya rasa bersesuaian untuk audiencenya. Terutamanya penulisan yang tak terlalu emo dan personal, hehe!

Maka saya belek,
dan belek,
dan belek...

mashaAllah!

lain. sangat lain. Serius lain!!
Penulisan saya yang dulu, dipenuhi ayat-ayat Quran dan hadits.
Dipenuhi quotation daripada pelbagai buku.
Dipenuhi dengan suatu fikrah islami dakwi..

Dan selalu ada footnote kat bawah, yang cuba menjadi lebih baik daripada sebelumnya.
atau bersikap optimis dengan apa yang ada dan yang akan datang.

Kenapa perubahan tu berlaku ye?

Ada seorang murobbi tu kata,
Semakin lama kita dalam dakwah, makin kering jadi.
Yelah, sebab ditauzifkan dengan tugasan-tugasan kering. handle event tu, organise acara ni.
sampai tak sempat baca quran.

(ok, tentulah dia bergurau, in a sarcastic manner)

tak apa lah.
sudah tentu lah aku tahu jawapannya, cuma sama ada faham atau tak, lantas diamalkan atau tidak.

yang pasti, saya tak mahu digantikan dengan kaum lain! Dan saya mahu diangkat darjat di sisi Allah.


إِلاَّ تَنفِرُوا يُعَذِّبْكُمْ عَذَابًا أَلِيمًا وَيَسْتَبْدِلْ قَوْمًا غَيْرَكُمْ وَلاَ تَضُرُّوهُ شَيْئًا
Melainkan kamu berangkat (di Jalan Allah), Allah akan mengazab kamu azab yang pedih, dan menggantikan suatu kaum selain dari kamu, dan kamu tak melemahkan/ merugikan Dia suatu apa pun. [At-taubah:9:39]

No comments: