penulisan di blog berubah-ubah lah.
Kadang-kadang ceria, kadang-kadang penuh dengan emosi.
Tapi apa pun, harap-haraplah bermanfaat untuk semua orang yang membaca. haha
Aku pun tak tahu, pernah beberapa orang terasa dengan penulisan aku dengan izin Allah.
Dan apa yang aku tulis sebelum-sebelum ini, biasa-biasa saja.
Tentang islam, Allah, kehidupan, iman, ukhuwah, nikmat, dakwah dan tarbiyyah.
Aku tulis saja apa yang terasa di lubuk hati.
Apa ynag pasti, aku tak dapat lagi tulis seperti mana aku tulis setahun dua yang lepas. Walaupun bukan indikator terbaik, aku nampak ini berpunca daripada lemahnya aku sendiri, dari segi iman dan amal.
tak boleh dinafikan, aku yang sekarang ini jauh lebih lenient berbanding diriku yang dulu. Kalau bukan mereka yang rapat denganku, diriku saja menjadi saksi atas itu. Allah Maha Mengetahui.
Bukan saja pada orang lain di sekelilingku, malah diri aku sendiri.
Setahun dua yang lepas, apa-apa saja perkara tak bermafaat dilakukan oleh mereka yang rapat denganku, aku tegur ia sebagai jahiliyyah.
Namun sekarang, aku tak kisah. Malahan, kebanyakan masanya, aku sendirilah bergelumang dengan kejahiliyyahan tersebut.
Betul lah kan?
Kalau aku tak sibuk dengan agenda-agenda dakwah, dan tidak juga dengan study aku,
Ke mana aku habiskan masa aku?
Aku boleh bagi macam-macam alasan. Tiada bi'ah, tak sihat badan, cuaca buruk, masalah sana sini. Akhirnya, aku juga puncanya. Mana ada orang lain. Nak salahkan syaitan pun tak boleh.
Saja nak tulis kat sini. Kalau tak, tak sedar-sedar. haha
No comments:
Post a Comment