Tuesday, March 29, 2016

Penulisan.

Bismillah, with the name of Allah.

Berblogging ni macam dah dilupakan orang. Tak sama macam 4, 5 tahun lepas. Sebelum kewujudan facebook, ramai kawan-kawan yang sezaman ada blog sendiri. Ada blog kelas, ada blog batch sekolah etc. Aku percaya ramai pun pernah melalui zaman tersebut. namun sekarang boleh dikira beberapa kerat yang masih lagi aktif berblog.

Aku minat menulis. Selalu terngiang-ngiang dalam fikiran untuk menulis perkara-perkara yang aku fikirkan tentang kehidupan dan dunia ini. Tapi selalu juga lah tak terlaksana. Apabila nak mula menulis, tiba-tiba takde mood atau takde idea nak tulis apa. Kemudian masa solat jugak lah idea-idea tu datang semula.

Selalu tertanya-tanya jugak, kenapa nak menulis? Buat apa nak share tentang kehidupan aku pada orang lain? Orang lain tu nak tahu ke pasal kehidupan aku? Macam menunjuk-nunjuk je adalah. Kalau nak share pengetahuan, aku bukan lah tahu banyak perkara sangat. Apatah lagi zaman sekarang ni semua ilmu atau maklumat yang di-share tu perlu ada basis, dalil, dan bukti, tak kiralah ilmu agama atau sains atau apa-apa pun.

Tapi, bila fikir semula, aku sendiri kalau teringin nak tahu apa-apa, akan cari di internet. Kisah orang beli kereta second hand, baiki kereta DIY, urusan procedur pernikahan, belajar di tempat baru, semuanya aku dapat tahu daripada hasil tulisan orang lain di blog. Alhamdulillah blog post mereka tu banyak jugak lah membantu aku yang tak reti nak bertanya dengan siapa. Walaupun aku tak kenal siapa mereka tu langsung.

Kemudian, konflik pulak apabila ramai rakan-rakan sebaya dah menulis macam-macam, berfikir tentang perkara-perkara yang hebat, yang besar-besar. Aku pulak sekadar nak kongsi apa yang aku lalui hari ke hari? Memang terasa tak berguna betul. Sia-sia semua straight A semasa periksa dulu-dulu, tapi nak menulis perkara yang beyond average sikit pun tak mampu. Tapi kan, mungkin mereka-mereka yang hebat-hebat tu ada audience mereka masing-masing. Buat masa sekarang, aku fikir untuk menulis perkara-perkara kecik ni dulu pun takpe lah. Dengan niat, bidang yang lebih luas tu dapat diceburi dan disampaikan dalam tulisan sedikit demi sedikit.

Mungkin, atas motivasi berkongsi sesuatu yang aku tak tahu sesiapa saja yang mungkin dapat manfaatnya, aku nak menulis semula. Banyak berfikir tanpa meluahkan dengan baik, kadang-kadang menyebabkan aku terasa terbelenggu. Setengah orang mungkin tak dapat nak hadam, kenapa lah aku selalu "overthinking". Oh well, it's in me I guess.

InsyaAllah mari kita bermula. Setelah sekian kalinya..

1 comment:

sakina said...

bukan ke ilmu tu tersebar dari penulisan :) teruskan menulis...