alhamdulillah, just returned home from london last night.
Dalam seminggu lebih yang penuh berjalan-jalan ni, memang banyak sangat perkara dipelajari.
Memang tak dapat dinafikan, jaulah semacam ni adalah salah satu wasilah tarbiyyah.
Ziarahi ikhwah-ikhwah merata-merata tempat, especially those whom are dearest to me, betul-betul mengajari diri untuk lebih matang.
kadang-kadang,
aku dengar mereka dalam masalah. tapi sekadar dengar je lah, dari jauh.
dan aku risaukan mereka, cuba membantu dan menyokong mereka sedayanya, dari jauh.
walaupun aku tak berada dalam situasi mereka.
kemudian,
aku datang menziarahi mereka di rumah mereka. melihat sendiri situasi dan bi'ah di tempat mereka berada.
Lalu aku binggung, di mana kesusahan-kesusahan yang mereka lalui ni?
Aku cuba mengorek rahsia mereka, apa yang terbeku dalam hati.
Aku cuba memahami, tapi... tak faham juga.
Lepas tu,
Aku pula yang bercerita tentang kita. Tentang apa yang telah diri kita lalui, masalah diri dan persekitaran.
Kali ni, mereka pula yang tak faham. Walaupun mereka sedaya upaya memahami.
Dan mereka cuba menolong juga, sama macam aku.
Memang membantu, alhamdulillah. Namun masalah tu, tetap harus diselesaikan sendiri.
Lantas,
Aku berfikir... dan fikir dan fikir.
Dan,
Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah.
Inilah yang terbaik untuk setiap daripada kami.
Betapa Allah memberi tarbiyyah bertepatan dengan setiap yang kami perlukan.
Betapa, Allah ta'ala dan kurniakan yang terbaik bagi kami semua dalam setiap keadaan.
walaupun aku tak rasa adalah suatu masalah yang besar pun sekiranya aku berada di tempat mereka.
walaupun mereka tak dapat rasa betapa aku rasa masalah itu besar.
Tapi,
SubhanAllah.
Ini mengingatkan aku, bukan aku aja yg ada masalah.
Betapa kadang-kadang kita berharap dapat berada di sisi mereka untuk memberi sokongan.
Betapa kadang-kadang kita berharap mereka ada di sisi kita untuk bersama-sama menempuh hidup.
Dan Allah ta'ala lebih mengetahui. Dan kita tak tahu.
Leeds, London, Manchester, Dublin dan Belfast,
Melewati tempat-tempat ini,
Kita masing-masing menempuh langkah yang berbeza, menghadapi ujian yang Allah tetapkan.
Supaya ujian itulah yang terbaik untuk setiap dari kita!
Jadi,
Aku sangat-sangat harap,
walau betapa teruknya, susahnya dugaan dan ujian di jalan ini,
aku masih boleh tersenyum saja menempuhi kesemua itu!
inshaAllah.
=]
(baru saja menyakiti perasaan my beloved akh last weekend, so I want to truly apologize here, i didn't meant to hurt you, hehe)
(I don't know if you're reading this, but you know who you are =] )
Tuesday, June 14, 2011
Friday, June 10, 2011
slowly but surely
bagiku, tarbiyyah itu satu proses perkembangan dan pembesaran.
- daripada buta islam kepada mengamalkannya dalam kehidupan seharian.
- daripada berukhuwwah kerana satu kepala kepada berukhuwwah kerana satu aqidah.
- daripada memandang dunia sebagai matlamat kepada memandangnya sebagai alat.
- daripada takut untuk berdakwah kepada menjadikan dakwah sebagai obsesi utama.
- daripada kesempitan jahiliyyah kepada keluasan islam
dan ini termasuklah sekecil-kecil perkara:
- daripada seoarang yang cepat marah kepada penyabar dengan sabar yg cantik
- daripada seorang yg suka mengambil mudah kepada seorang yang melakukan yg terbaik dalam suatu perkara.
- dariapda bersikap ignorant kepada isu politik semasa kepada mengambil tahu
even,
- daripada seorang yg terlampau serius kepada seorang yg senyum sepanjang masa
- daripada seorang yg suka sangat bergelak ketawa kepada seorang yg sentiasa merintih menangis di malam harinya
- daripada yg tak baca doa makan kepada baca doa even sewaktu di hadapan cermin.
dan tabiat tarbiyyah ini, tidaklah mudah, tidaklah ringkas dan cepat.
namun hasilnya pasti.
slowly but surely.
Begitulah Allah ta'ala menyifatkan generasi mutarobbi pertama ar-Rasul s.a.w:
- Bersikap tegas dan keras terhadap orang kafir
- bersikap sangat lemah lembut dan penyayang sesama mereka
- Sentiasa dalam keadaan sujud, jikalau tidak dalam keadaan rukuk, dalam mencari keredhaan Tuhan mereka.
Al-kuffar pada masa mereka, bukan macam sekarang, yang kita mungkin tak kenal rapat pun. Yang menentang mereka bukan sahaja adalah sanak-saudara sendiri, malah ibu dan bapa mereka sendiri!
Dan dalam perjuangan mereka, sangat lembut sesama mereka, sehingga kepentingan mukmin yang lainnya dilebihkan daripada keperluan sendiri. Biarlah diri mereka terkorban, asalkan mereka bertemu semula di bawah naugan arasy Allah di akhirat kelak.
Dan yang paling menarik, bagaimana Rasulullah s.a.w biiznillah berjaya mentarbiyyah para sahabah, sentiasa dalam keadaan; kalau tak dalam keadaan merendahkan diri pun (ruku') , lebih mejatuhkan dan memperhambakan diri sepenuhnya kepada Allah ta'ala (sujud)! sentiasa dalam rukka'-an sujjadan!
That was the product that Rasulullah s.a.w left behind.
That was the effort of the da'wah of Rasulullah s.a.w.
Lalu dalam ayah yang sama, Allah menyifatkan tarbiyyah yang dibawa oleh Rasulullah ini:
seperti menanam benih yang mengeluarkan tunasnya.
lalu tunasnya itu menjadi kuat,
besar dan tegak di atas batangnya,
lantas menyenangkan hati sang penanam tadi.
begitulah tabi'at tarbiyyah kita.
seperti menanam benih kecil, yang diharapkan dapat memberi buah kepada ummah.
bukan sekejap, bukan senang.
perlu dijaga dengan teliti, dan mungkin memakan masa puluhan tahun..
bersabarlah dalam mentarbiyyah dan ditarbiyyah, kerana buah yang lazat pasti menunggu.
Kalau tidak di dunya ini sekalipun, di akhirat kelak inshaAllah..
(dah seminggu buat video ni, baru sempat bagi syarah sikit, haha.)
(mood: cuba buang harapan-harapan untuk makan buah degan cepat... T_T)
Labels:
dakwah
Subscribe to:
Posts (Atom)