alhamdulillah, just returned home from london last night.
Dalam seminggu lebih yang penuh berjalan-jalan ni, memang banyak sangat perkara dipelajari.
Memang tak dapat dinafikan, jaulah semacam ni adalah salah satu wasilah tarbiyyah.
Ziarahi ikhwah-ikhwah merata-merata tempat, especially those whom are dearest to me, betul-betul mengajari diri untuk lebih matang.
kadang-kadang,
aku dengar mereka dalam masalah. tapi sekadar dengar je lah, dari jauh.
dan aku risaukan mereka, cuba membantu dan menyokong mereka sedayanya, dari jauh.
walaupun aku tak berada dalam situasi mereka.
kemudian,
aku datang menziarahi mereka di rumah mereka. melihat sendiri situasi dan bi'ah di tempat mereka berada.
Lalu aku binggung, di mana kesusahan-kesusahan yang mereka lalui ni?
Aku cuba mengorek rahsia mereka, apa yang terbeku dalam hati.
Aku cuba memahami, tapi... tak faham juga.
Lepas tu,
Aku pula yang bercerita tentang kita. Tentang apa yang telah diri kita lalui, masalah diri dan persekitaran.
Kali ni, mereka pula yang tak faham. Walaupun mereka sedaya upaya memahami.
Dan mereka cuba menolong juga, sama macam aku.
Memang membantu, alhamdulillah. Namun masalah tu, tetap harus diselesaikan sendiri.
Lantas,
Aku berfikir... dan fikir dan fikir.
Dan,
Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah.
Inilah yang terbaik untuk setiap daripada kami.
Betapa Allah memberi tarbiyyah bertepatan dengan setiap yang kami perlukan.
Betapa, Allah ta'ala dan kurniakan yang terbaik bagi kami semua dalam setiap keadaan.
walaupun aku tak rasa adalah suatu masalah yang besar pun sekiranya aku berada di tempat mereka.
walaupun mereka tak dapat rasa betapa aku rasa masalah itu besar.
Tapi,
SubhanAllah.
Ini mengingatkan aku, bukan aku aja yg ada masalah.
Betapa kadang-kadang kita berharap dapat berada di sisi mereka untuk memberi sokongan.
Betapa kadang-kadang kita berharap mereka ada di sisi kita untuk bersama-sama menempuh hidup.
Dan Allah ta'ala lebih mengetahui. Dan kita tak tahu.
Leeds, London, Manchester, Dublin dan Belfast,
Melewati tempat-tempat ini,
Kita masing-masing menempuh langkah yang berbeza, menghadapi ujian yang Allah tetapkan.
Supaya ujian itulah yang terbaik untuk setiap dari kita!
Jadi,
Aku sangat-sangat harap,
walau betapa teruknya, susahnya dugaan dan ujian di jalan ini,
aku masih boleh tersenyum saja menempuhi kesemua itu!
inshaAllah.
=]
(baru saja menyakiti perasaan my beloved akh last weekend, so I want to truly apologize here, i didn't meant to hurt you, hehe)
(I don't know if you're reading this, but you know who you are =] )
2 comments:
i have to humbly disagree if you find dublin's not a big deal. it is. hu hu
:P
yep, i guess not. haha. sorry my bad.
but i strongly believe u could cope with it, no doubt inshaAllah.
doaku sentiasa bersamamu iA, hehe
=]
Post a Comment