Friday, June 10, 2011

slowly but surely



bagiku, tarbiyyah itu satu proses perkembangan dan pembesaran.

  • daripada buta islam kepada mengamalkannya dalam kehidupan seharian.
  • daripada berukhuwwah kerana satu kepala kepada berukhuwwah kerana satu aqidah.
  • daripada memandang dunia sebagai matlamat kepada memandangnya sebagai alat.
  • daripada takut untuk berdakwah kepada menjadikan dakwah sebagai obsesi utama.
  • daripada kesempitan jahiliyyah kepada keluasan islam

dan ini termasuklah sekecil-kecil perkara:
  • daripada seoarang yang cepat marah kepada penyabar dengan sabar yg cantik
  • daripada seorang yg suka mengambil mudah kepada seorang yang melakukan yg terbaik dalam suatu perkara.
  • dariapda bersikap ignorant kepada isu politik semasa kepada mengambil tahu

even,
  • daripada seorang yg terlampau serius kepada seorang yg senyum sepanjang masa
  • daripada seorang yg suka sangat bergelak ketawa kepada seorang yg sentiasa merintih menangis di malam harinya
  • daripada yg tak baca doa makan kepada baca doa even sewaktu di hadapan cermin.
secara mudahnya, kembali menjadi manusia yang hidup dengan celupan Allah.

dan tabiat tarbiyyah ini, tidaklah mudah, tidaklah ringkas dan cepat.
namun hasilnya pasti.
slowly but surely.

Begitulah Allah ta'ala menyifatkan generasi mutarobbi pertama ar-Rasul s.a.w:

  1. Bersikap tegas dan keras terhadap orang kafir
  2. bersikap sangat lemah lembut dan penyayang sesama mereka
  3. Sentiasa dalam keadaan sujud, jikalau tidak dalam keadaan rukuk, dalam mencari keredhaan Tuhan mereka.
sepertimana diterangkan dalam ayat terakhir suratul fath.

Al-kuffar pada masa mereka, bukan macam sekarang, yang kita mungkin tak kenal rapat pun. Yang menentang mereka bukan sahaja adalah sanak-saudara sendiri, malah ibu dan bapa mereka sendiri!

Dan dalam perjuangan mereka, sangat lembut sesama mereka, sehingga kepentingan mukmin yang lainnya dilebihkan daripada keperluan sendiri. Biarlah diri mereka terkorban, asalkan mereka bertemu semula di bawah naugan arasy Allah di akhirat kelak.

Dan yang paling menarik, bagaimana Rasulullah s.a.w biiznillah berjaya mentarbiyyah para sahabah, sentiasa dalam keadaan; kalau tak dalam keadaan merendahkan diri pun (ruku') , lebih mejatuhkan dan memperhambakan diri sepenuhnya kepada Allah ta'ala (sujud)! sentiasa dalam rukka'-an sujjadan!

That was the product that Rasulullah s.a.w left behind.
That was the effort of the da'wah of Rasulullah s.a.w.

Lalu dalam ayah yang sama, Allah menyifatkan tarbiyyah yang dibawa oleh Rasulullah ini:


seperti menanam benih yang mengeluarkan tunasnya.
lalu tunasnya itu menjadi kuat,
besar dan tegak di atas batangnya, 
lantas menyenangkan hati sang penanam tadi.

begitulah tabi'at tarbiyyah kita.
seperti menanam benih kecil, yang diharapkan dapat memberi buah kepada ummah.
bukan sekejap, bukan senang.
perlu dijaga dengan teliti, dan mungkin memakan masa puluhan tahun..


bersabarlah dalam mentarbiyyah dan ditarbiyyah, kerana buah yang lazat pasti menunggu.
Kalau tidak di dunya ini sekalipun, di akhirat kelak inshaAllah..




(dah seminggu buat video ni, baru sempat bagi syarah sikit, haha.)
(mood: cuba buang harapan-harapan untuk makan buah degan cepat... T_T)

 

1 comment:

Anonymous said...

SUBHANALLAH...best sgt,we wanna feel what u feel in tarbiyyah truely..