Saturday, March 26, 2011

my theory of brotherhood

 jalan kita akan tetap sama arahnya iA =)

bismillah.

ukhuwwah, salah satu sumber kekuatan yang disebut-sebut oleh al-Banna pada kita sebagai muslim.

sesetengah orang seronok berukhuwwah, saling membangkitkan semangat dan iman.
saling berpesan-pesan dengan penuh ambil berat dan kasih sayang, dengan kebenaran dan kesabaran.

namun pabila konflik tiba, terasa begitu susah untuk menghadapinya kan?
terkadang, kita pantas saja bersikap keras hati, enggan berbuat apa-apa.

just taking a step back. melarikan diri daipada masalah.
seolah-olah akan akan terurai sendiri kesulitan-kesulitan tersebut.

*

ikhwani,

kita adalah ummat yang berorientasikan iman. Dan dengan iman terhasilnya amal.

pabila kita berkata kita berukhuwwah atas dasar dan neraca iman, memenuhi ayat 10 suratul hujarat itu,
maka percayalah, hanya tahapan iman kita saja yang menentukan tahapan ukhuwwah kita.

dan sebarang problematika yang tercetus, sememangnya akan tercetus. itu adalah sunnatullah.
perbedaan pendapat itu sentiasa saja ada dalam kalangan kita, dan sering kali bisa mencetuskan konflik.
lantas apa seruan Allah taala kepada orang yang beriman: damaikanlah antara saudara-saudara kamu!

Terus, bila kita kata iman adalah teras ukhuwwah kita, maka yang penting dalam kita berukhuwwah pastinya adalah redha Allah dahulu, sebelum redha ikhwan kita yang lainnya.
dan kerana kita mengejar keampunan Allah itu dahulu, maka hanya kerana hendakkan redha Allah dan tidak amarahnya maka kita ingin membetulkan konflik itu!


Kita akan meminta maaf dahulu sebelum dia walaupun kita tidak tahu apa kesalahan kita, kerana Allah lebih memandang kepada mereka yang bersegera berbuat baik terlebih dahulu. Fastabiqul khairat.

Kita akan maafkan kesalahan dia dan memohon agar Allah mengampunkan dia juga di samping kita segera bertaubat kepada Allah atas segala tindakan kita yang salah,. Fa'-fu 'anhum was-taghfir lahum.

Kita akan terus dan terus dan terus berbuat baik kepadanya, walaupun dia memberi layanan yang melukakan hati kita. Idfa' billati hiya ahsan.

semuanya dilakukan dengan penuh kasih sayang yang setara seperti sayangnya kita pada diri sendiri. Dengan penuh kelembutan dan cinta. Azillatin 'alal mukminin.

Semuanya, segala-galanya kerana kita lebih mengharapkan mardhotillah daripada pengampunan atau redha si dia yang tak seberapa nilainya kepada kita!

*

Ikhwani,

terkadang, mungkin sekali kita terfikir sebegini:

"aku tak buat apa-apa pun, dia yang emo sendiri tetiba, buat apa aku nak minta maaf!?"
"eh bukan salah aku, dia tu yang cari pasal, tapi kalau dia nak minta maaf aku terima aje."
dan lebih teruk lagi, mungkin kita secara tak sengajanya memburukkan dia di hadapan orang lain.
 
pada masa ini, kita akan tahu tahapan iman kita.
betapa kita mementingkan ego kita di hadapan si dia, sedangkan kita lupa keredhaan siapa yang lebih kita harapkan?

begitulah iman mengajarku untuk berukhuwwah.

wallahu 'alam.
Allah knows best kan?



p.s: setiap kali ku menghadapi masalah dalam ukhuwwah, seringkali ku teringat konflik lama dengan abangku yang rapat denganku sewaktu di KMB dulu, sampai merah-merah mata menangis. huhu. di SBPIK dulu juga sama, walaupun jelasnya memang salah aku aje.

Thursday, March 24, 2011

In essence,


Apabila dikata tentang penulisan, perlu lah ada mesej yang nak disampaikan.
dan mesej yang kita nak sampaikan semestinya tak lari dari kehidupan kita sendiri, menuju keredhaan Allah semata.


Bila nak sampaikan mesej yang berkesan dan 'basah', perlu berbicara dari hati sanubari sendiri.
Hati yang mahu menyampaikan.
Yang mahu selamatkan orang lain.

Kemudian perlu ada ilmu, bukan sekadar luahan hati yang kadang-kadang yang tak berteraskan iman pun.
Dan ilmu yang paling kukuh hujahnya mestilah tak lari daripada al-Quran, sunnah dan seerah.

Sama juga dalam mencetak manusia-manusia.
Perlunya hati dan ilmu.
Perlunya jadi golongan ulul albab!
Golongan yang ada lubb, ada isi, ada ilmu, dan bercakap dari lubb hati, isi hati.


kebelakangan ini susah betul nak menulis, walaupun ada sesuatu untuk ditulis. Banyak sebenarnya, in fact.
Begiru juga dalam urusanku mencetak manusia, dah kaku-kaku lidah rasanya.
Nampak sangat aku dah jarang baca buku, tiada ilmu nak menyampaikan.
Atau pun hatiku dah kering, dah hilang keghairahan untuk menyampaikan.

Faghfirli ya Allah. faghfirlana.

Monday, March 21, 2011

reality



kadang-kadang, kita akan kata:
"aku nak jadi manusia luar biasa!"

pada masa lain pula, kita akan kata:
"hakikatnya, aku hanyalah manusia biasa"


suatu masa, kita akan kata:
"aku mahu menjadi seperti Muhammad s.a.w!"

pada suatu masa lain, kita akan kata:
"Muhammad s.a.w, adalah kekasih Allah, penutup para nabi, mana mungkin aku boleh menjadi sepertinya?"

*

Kedua-duanya betul, hakikatnya seperti itu.
Cuma cara pandang yang berbeza, memberi sifat kepada kata-kata itu agar menjadi motivator atau demotivator. Positif atau negatif.

Dan apa lagi yang menentukan cara pandang itu, melainkan Iman.
Sekejap tambah, sekejap kurang.

*

Ada ayat Allah Maha Agung yang bermaksud:
"sesungguh-sungguhnya, Kami telah ciptakan manusia itu, sebaik-baik kejadian"

Tetapi pada masa yang sama, Allah taala juga berfirman sebegini maksudnya:
"sesungguhnya, tiap-tiap individu diri manusia itu, ditenggelami dalam kerugian"

Dengan segala fasiliti yang disediakan Allah, tiap-tiap manusia itu mempunyai potensi untuk mencapai yang terbaik.
Tetapi malangnya, majoriti daripadanya, ditenggelami dengan kerugian.
Rugilah kan, dah ada fasiliti terbaik, namun gagal jugak dalam hidup.

Ini realiti.
Memang manusia itu macam tu.

hehe, rasanya post ni sukar difahami.
Maybe just point to be pondered upon together.

Waallahu 'alam.

yang cuba menulis semula inshaAllah,
fahmi
leeds UK

Thursday, March 3, 2011

the touch


The tarbiyyah that the believes in, is the tarbiyyah of love.
The tarbiyyah of touches, physically and heart-to-heart.

As how Jibril brought up the first revelation to Muhammad s.a.w.
Hugging him till near the last of the prophet's breath.

And how Jibril thought ar-rasul s.a.w and his companions about their deen,
touching knees with knees, gently placing the palms of his hands on the prophet's thighs.

Personally, I believe, the personal touch can touch the hearts.
Sentuhan, belaian, what ever you call it, i don't know.
But I believe so.

*

The touch of your hands, says you'll catch me, wherever I fall.

You say it best, when you say nothing at all...

*

[2:138], Touch of Allah.


p.s. sedang cuba menghargai ukhuwwah.