Monday, March 21, 2011
reality
kadang-kadang, kita akan kata:
"aku nak jadi manusia luar biasa!"
pada masa lain pula, kita akan kata:
"hakikatnya, aku hanyalah manusia biasa"
suatu masa, kita akan kata:
"aku mahu menjadi seperti Muhammad s.a.w!"
pada suatu masa lain, kita akan kata:
"Muhammad s.a.w, adalah kekasih Allah, penutup para nabi, mana mungkin aku boleh menjadi sepertinya?"
*
Kedua-duanya betul, hakikatnya seperti itu.
Cuma cara pandang yang berbeza, memberi sifat kepada kata-kata itu agar menjadi motivator atau demotivator. Positif atau negatif.
Dan apa lagi yang menentukan cara pandang itu, melainkan Iman.
Sekejap tambah, sekejap kurang.
*
Ada ayat Allah Maha Agung yang bermaksud:
"sesungguh-sungguhnya, Kami telah ciptakan manusia itu, sebaik-baik kejadian"
Tetapi pada masa yang sama, Allah taala juga berfirman sebegini maksudnya:
"sesungguhnya, tiap-tiap individu diri manusia itu, ditenggelami dalam kerugian"
Dengan segala fasiliti yang disediakan Allah, tiap-tiap manusia itu mempunyai potensi untuk mencapai yang terbaik.
Tetapi malangnya, majoriti daripadanya, ditenggelami dengan kerugian.
Rugilah kan, dah ada fasiliti terbaik, namun gagal jugak dalam hidup.
Ini realiti.
Memang manusia itu macam tu.
hehe, rasanya post ni sukar difahami.
Maybe just point to be pondered upon together.
Waallahu 'alam.
yang cuba menulis semula inshaAllah,
fahmi
leeds UK
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment