Thursday, March 24, 2011
In essence,
Apabila dikata tentang penulisan, perlu lah ada mesej yang nak disampaikan.
dan mesej yang kita nak sampaikan semestinya tak lari dari kehidupan kita sendiri, menuju keredhaan Allah semata.
Bila nak sampaikan mesej yang berkesan dan 'basah', perlu berbicara dari hati sanubari sendiri.
Hati yang mahu menyampaikan.
Yang mahu selamatkan orang lain.
Kemudian perlu ada ilmu, bukan sekadar luahan hati yang kadang-kadang yang tak berteraskan iman pun.
Dan ilmu yang paling kukuh hujahnya mestilah tak lari daripada al-Quran, sunnah dan seerah.
Sama juga dalam mencetak manusia-manusia.
Perlunya hati dan ilmu.
Perlunya jadi golongan ulul albab!
Golongan yang ada lubb, ada isi, ada ilmu, dan bercakap dari lubb hati, isi hati.
kebelakangan ini susah betul nak menulis, walaupun ada sesuatu untuk ditulis. Banyak sebenarnya, in fact.
Begiru juga dalam urusanku mencetak manusia, dah kaku-kaku lidah rasanya.
Nampak sangat aku dah jarang baca buku, tiada ilmu nak menyampaikan.
Atau pun hatiku dah kering, dah hilang keghairahan untuk menyampaikan.
Faghfirli ya Allah. faghfirlana.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment