Wednesday, May 18, 2011

no return back

kufuturan tu, boleh berlaku bila-bila.
dan kalau diizinkan Allah, tak semena-mena kita yang dikatakan telah mengikut jalan tarbiyyah ini, boleh menjadi jauh, jauh lebih teruk daripada sebelum kita mengikut tarbiyyah sekali pun.

kita tak akan pernah terlepas dari tipu daya syaitan.
tak kiralah selama mana kita berada di jalan tarbiyyah, berada di mustawa mana sekali pun,
jika diizinkan Allah, tertipu juga kita dengan syaitan.

Kerana mereka itu telah menyaksikan kita, manusia ni, sejak kelahiran yang pertama di muka bumi lagi. Khutuwatisy-syaiton, jejak langkah syaitan itu, memang dah lama sangat!

Maka boleh kita kata, bahwa kita takkan kembali ke dunia jahillyah?
dengan amalan yang tak seberapa, dengan tempoh tarbiyyah yang hanya setahun jagung,
kita sangat lah boleh dan terdedah untuk kembali kepada kegelapan.

walaupun kita dah ditarbiyyah.

Kadanag-kadang kita alpa, kita mahu berehat daripada jalur tarbiyyah.
Mencari kerehatan dunia. Berhibur dan bersuka ria.
Bermula dengan kata-kata kesat yang kononnya moden.
Diikuti lalainya dalam melangsaikan amalan harian.

Dengan alasan "Biasalah tu, iman turun dan naik.",
Tanpa sedar, kita dah termasuk dalam bisikan syaitan.

Aku sangat takut..
Terkadang, terlihat kembali sejarah saudara seperjuangan sebelum dihiasi tempisan tarbiyyah.
Berseronok bersama berlainan jantina, berhibur tanpa mengira masa...
Malahan berbangga dengan perbuatan-perbuatan jahiliyyah...

Dan terfikir,
Pada bila-bila masa, kita boleh jadi lebih teruk daripada itu.
Dengan terdedahnya kita pada bisikan syaitan dan al-hawa.

Mungkin nampaknya macam mustahil,
tapi bagi Allah, jika dia kehendaki, maka jadilah.

Semoga Allah menjadikan kita daripada mereka yang mencintai iman, dihiaskan iman tersebut dalam hati kita, serta menjadikan bagi kita kebencian terhadap segala macam maksiat, kekufuran dan dosa.

Sepertimana para sahabat, radiyAllahu 'anhum ajma'in.

إِنَّ الشَّيْطَانَ لَكُمْ عَدُوٌّ فَاتَّخِذُوهُ عَدُوًّا  (فاطر:6

3 comments:

Anonymous said...

aku la tu. suka bersosial, gelak2, dengar lagu segala. takutnyaaa T_T

Anonymous said...

btw, ko dh delete post mankind. it was a good one though. T_T

ahmad fahmi said...

haha. I've never come to my mind that it was you while writing this. seyes.

post sbelum ni tu ntah apa-apa aja.
nampak sgt emonya. huhu. buang aja la.

thnx fazli.
ko takut, aku lagi takut. sgt2.