Tuesday, June 21, 2011

capacity of the heart

 

Reflect ourselves.

Our own qalb are ours to be opened.
Remove the darkness of sins and fahisyah engulfing our hearts.
Cleanse it, make capacity in it.

you know yourself, how you have treated your heart so far.

T_T

Monday, June 20, 2011

go on #2


"kalau pun kita tak dapat nak bawak usrah masa first year, aku harap bekalan buku-buku yang kita beli ni, dan segala macam lagi, dapat menjadi kita punya sumber untuk selajunya dalam tarbiyyah ni masa first year. untuk prepare bawak usrah tahun seterusnya".

Lebih kurang ayat sahabatku sebelum kami fly.

"alhamdulillah, semua dah sampai kat tempat masing-masing. semoga kita tetap istiqamah dan terus bergerak ke hadapan di atas jalan para nabi ini."

"Semua orang wajib terus ke hadapan, jangan sesekali berpatah balik!"

Dengan bersemangatnya ku menyeru sahabat-sahabat ku setibanya kami di tempat belajar masing-masing di bumi eropah ni.

Dan sepanjang tahun pertama perngajian di sini, memang segala macam bentuk perkara telah dilalui...

"sebenarnya tiada istilah 'melajukan' orang. Kita hanya memberi hak tarbiyyah yang seseorang yang ada hak tarbiyyahnya."

"mungkin masa tahun pertama kau kat sini, adalah supaya kau betul-betul dapat mengawal emosi kau."

"aku dah serik -5 tahun duduk kat sini, melihat macam mana kegagalan akademik tu boleh membawa fitnah besar kepada dakwah. Belajar betul-betul!"

"dah cukup dah aku tengok, betapa ramai orang yang tarbiyyahnya terkorban, kerana terlalu memikirkan orang lain. Kita kena pandai timbang-tara, kena ada keutamaanya."

Begitu antara ungkapan murobbi ku yang maasih terngiang-ngiang di telinga.

Dan sering kali ku memohon-

"inshaAllah aku akan ada di sini, selagi mana aku tak tercicir."

Maka kebanyakan mereka akan membalas-

"eh jangan cakap macam tu, macam mana exam?"
tersengih saja aku.

sedangkan ar-rasul sendiri bertubi-tubi, senantiasa aja memohon hatinya ditetapkan pada jalan ini,
apatah lagi aku.

tak mengapa kalau aku gagal akademik sekalipun,
selagimana hatiku tak berpaling dari nikmah Allah.



"Ya muqol-libal quluub, thab-bits qalbi 'ala deenik."


Go on!

=]

Tuesday, June 14, 2011

go on

alhamdulillah, just returned home from london last night.

Dalam seminggu lebih yang penuh berjalan-jalan ni, memang banyak sangat perkara dipelajari.
Memang tak dapat dinafikan, jaulah semacam ni adalah salah satu wasilah tarbiyyah.
Ziarahi ikhwah-ikhwah merata-merata tempat, especially those whom are dearest to me, betul-betul mengajari diri untuk lebih matang.

kadang-kadang,
aku dengar mereka dalam masalah. tapi sekadar dengar je lah, dari jauh.
dan aku risaukan mereka, cuba membantu dan menyokong mereka sedayanya, dari jauh.
walaupun aku tak berada dalam situasi mereka.

kemudian,
aku datang menziarahi mereka di rumah mereka. melihat sendiri situasi dan bi'ah di tempat mereka berada.
Lalu aku binggung, di mana kesusahan-kesusahan yang mereka lalui ni?
Aku cuba mengorek rahsia mereka, apa yang terbeku dalam hati.
Aku cuba memahami, tapi... tak faham juga.

Lepas tu,
Aku pula yang bercerita tentang kita. Tentang apa yang telah diri kita lalui, masalah diri dan persekitaran.
Kali ni, mereka pula yang tak faham. Walaupun mereka sedaya upaya memahami.
Dan mereka cuba menolong juga, sama macam aku.
Memang membantu, alhamdulillah. Namun masalah tu, tetap harus diselesaikan sendiri.

Lantas,
Aku berfikir... dan fikir dan fikir.

Dan,
Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah.

Inilah yang terbaik untuk setiap daripada kami.
Betapa Allah memberi tarbiyyah bertepatan dengan setiap yang kami perlukan.
Betapa, Allah ta'ala dan kurniakan yang terbaik bagi kami semua dalam setiap keadaan.

walaupun aku tak rasa adalah suatu masalah yang besar pun sekiranya aku berada di tempat mereka.
walaupun mereka tak dapat rasa betapa aku rasa masalah itu besar.

Tapi,
SubhanAllah.
Ini mengingatkan aku, bukan aku aja yg ada masalah.

Betapa kadang-kadang kita berharap dapat berada di sisi mereka untuk memberi sokongan.
Betapa kadang-kadang kita berharap mereka ada di sisi kita untuk bersama-sama menempuh hidup.

Dan Allah ta'ala lebih mengetahui. Dan kita tak tahu.

Leeds, London, Manchester, Dublin dan Belfast,

Melewati tempat-tempat ini,
Kita masing-masing menempuh langkah yang berbeza, menghadapi ujian yang Allah tetapkan.
Supaya ujian itulah yang terbaik untuk setiap dari kita!

Jadi,
Aku sangat-sangat harap,
walau betapa teruknya, susahnya dugaan dan ujian di jalan ini,
aku masih boleh tersenyum saja menempuhi kesemua itu!
inshaAllah.

=]




(baru saja menyakiti perasaan my beloved akh last weekend, so I want to truly apologize here, i didn't meant to hurt you, hehe)
(I don't know if you're reading this, but you know who you are =] )

Friday, June 10, 2011

slowly but surely



bagiku, tarbiyyah itu satu proses perkembangan dan pembesaran.

  • daripada buta islam kepada mengamalkannya dalam kehidupan seharian.
  • daripada berukhuwwah kerana satu kepala kepada berukhuwwah kerana satu aqidah.
  • daripada memandang dunia sebagai matlamat kepada memandangnya sebagai alat.
  • daripada takut untuk berdakwah kepada menjadikan dakwah sebagai obsesi utama.
  • daripada kesempitan jahiliyyah kepada keluasan islam

dan ini termasuklah sekecil-kecil perkara:
  • daripada seoarang yang cepat marah kepada penyabar dengan sabar yg cantik
  • daripada seorang yg suka mengambil mudah kepada seorang yang melakukan yg terbaik dalam suatu perkara.
  • dariapda bersikap ignorant kepada isu politik semasa kepada mengambil tahu

even,
  • daripada seorang yg terlampau serius kepada seorang yg senyum sepanjang masa
  • daripada seorang yg suka sangat bergelak ketawa kepada seorang yg sentiasa merintih menangis di malam harinya
  • daripada yg tak baca doa makan kepada baca doa even sewaktu di hadapan cermin.
secara mudahnya, kembali menjadi manusia yang hidup dengan celupan Allah.

dan tabiat tarbiyyah ini, tidaklah mudah, tidaklah ringkas dan cepat.
namun hasilnya pasti.
slowly but surely.

Begitulah Allah ta'ala menyifatkan generasi mutarobbi pertama ar-Rasul s.a.w:

  1. Bersikap tegas dan keras terhadap orang kafir
  2. bersikap sangat lemah lembut dan penyayang sesama mereka
  3. Sentiasa dalam keadaan sujud, jikalau tidak dalam keadaan rukuk, dalam mencari keredhaan Tuhan mereka.
sepertimana diterangkan dalam ayat terakhir suratul fath.

Al-kuffar pada masa mereka, bukan macam sekarang, yang kita mungkin tak kenal rapat pun. Yang menentang mereka bukan sahaja adalah sanak-saudara sendiri, malah ibu dan bapa mereka sendiri!

Dan dalam perjuangan mereka, sangat lembut sesama mereka, sehingga kepentingan mukmin yang lainnya dilebihkan daripada keperluan sendiri. Biarlah diri mereka terkorban, asalkan mereka bertemu semula di bawah naugan arasy Allah di akhirat kelak.

Dan yang paling menarik, bagaimana Rasulullah s.a.w biiznillah berjaya mentarbiyyah para sahabah, sentiasa dalam keadaan; kalau tak dalam keadaan merendahkan diri pun (ruku') , lebih mejatuhkan dan memperhambakan diri sepenuhnya kepada Allah ta'ala (sujud)! sentiasa dalam rukka'-an sujjadan!

That was the product that Rasulullah s.a.w left behind.
That was the effort of the da'wah of Rasulullah s.a.w.

Lalu dalam ayah yang sama, Allah menyifatkan tarbiyyah yang dibawa oleh Rasulullah ini:


seperti menanam benih yang mengeluarkan tunasnya.
lalu tunasnya itu menjadi kuat,
besar dan tegak di atas batangnya, 
lantas menyenangkan hati sang penanam tadi.

begitulah tabi'at tarbiyyah kita.
seperti menanam benih kecil, yang diharapkan dapat memberi buah kepada ummah.
bukan sekejap, bukan senang.
perlu dijaga dengan teliti, dan mungkin memakan masa puluhan tahun..


bersabarlah dalam mentarbiyyah dan ditarbiyyah, kerana buah yang lazat pasti menunggu.
Kalau tidak di dunya ini sekalipun, di akhirat kelak inshaAllah..




(dah seminggu buat video ni, baru sempat bagi syarah sikit, haha.)
(mood: cuba buang harapan-harapan untuk makan buah degan cepat... T_T)