gagal lagi untuk properly qiam malam semalam.
dah saat-saat akhir ramadan ni, memang dah terdesak nak ada satu masa personal dengan Rabb yang menciptakan.
memang sedih, memikirkan bulan tarbiyyah ruhiyah yang Allah sediakan ni akan berakhir, sedangkan saya tak cukup lagi mengambil bekalan daripadanya.
kalau tidur sekali dengan ikhwah-ikhwah beberapa hari lepas, memang seronok.
diorang bangun, saya bangun.
kalau saya tak bangun, diorang kejut.
kalau saya tidur balik, diorang kejut lagi.
dan dapatlah saya bertahajjud.
tapi kat rumah, paling awal dikejut pun dah pukul 5.20pg.
subuh menjelma tak sampai 30 minit lepas tu.
tolak masa untuk sahur semua, berapa sangat la masa yg tinggal.
rasa sangat-sangat frust , rasa sangat lemah.
seorang abang pernah cakap pada saya,
"kalau ada keazaman, Allah akan kejutkan inshaAllah".
betul juga.
akhirnya, untuk apa kita qiam?
untuk medapat kekuatan? untuk mengejar redha Allah?
percaya saja, dalam Allah menetapkan semuanya bagi saya, adalah kebaikan.
dan apa yang penting adalah niat.
mungkin, Allah mahu melihat air mata hamba-hambaNya mengalir kerana tak dapat qiamullail.
lantas lebih menghargai baki ramadan yang masih banyak lagi.
banyak, sekiranya Allah mahu menjadikannya banyak. dan berkat.
mungkin, dengan hanya 2 rakaat solat sunat pada pagi yang ditakdirkan bangun lewat itu,
dengan hati yang ikhlas,
lebih besar ganjarannya di sisi Allah dengan segala solat yang telah didirikan sepanjang ramadan kali ini.
Allahu ta'ala 'alam.
No comments:
Post a Comment