telah berlalu beberapa hari dengan penuh bia'h solehah,
sekarang dah kembali semula ke rumah.
dalam beberapa hari tu, sempat saya mengetahui cerita yang telah saya cari-cari sebelum ni.
kisah kehilangan al-akh yang amat saya segani.
saya bertanya kepada naqib saya:
" apa cerita dia ni? ana nak tahu cerita boleh tak?"
si naqib tersenyum, seolah-olah menyusun ayat ynag sesuai untuk dilontarkan.
"ana tak tahu. dia tetiba hilang."
"sedar-sedar, dah sebulan usrah yang dibawanya tak berjalan."
"itu pun anak usrah dia yang bertanya-tanya, mana usrah ni?"
"mesej tak direply, call tak diangkat"
" dia duduk kat rumah ikhwah, tapi setiap kali balik rumah dia akan masuk bilik dan kunci pintu."
"diorang pun tak menahu apa yang terjadi"
"sedar-sedar dah pindah rumah"
"yelah, mula-mula memang ana marah. Kenapa tak bawak usrah ni? Tinggal ana seorang bawak usrah kat sini!"
"tapi tentulah, rasa kesal pun ada. Sedih apatah lagi.."
"anak didiknya, cuma ada beberapa yang sempat dikaut semula dan diteruskan tarbiyyah"
"memang, some of them deserve a better attention."
"ana pun tak tahu nak cakap apa akhi. doa-doakan dia"
saya tak tahu nak cakap apa.
memikirkan kami berdua pernah pulang bersama-sama selepas program.
berborak 3-4 jam dalam kereta, semuanya tentang tarbiyyah dan dakwah semata-mata.
lebih-lebih lagi anak usrah saya di-pass-kan padanya, tak berjaya disambung perjalanan tarbiyyah nya buat masa ni.
memang, saya masih belum diuji.
dan saya tak dapat pasti adakah saya masih berada di jalan ini,
walaupun untuk esok hari!
medengar kisah kehilangan ikhwah di depan mata sendiri,
tak kira pada level mana-mana pun, sudah tentu pada bila-bila masa saja, kita boleh saja pergi tak kembali daripada kefilah dakwah ini.
maka setiap kali pun pabila berjumpa betemu muka dengan ikhwah sekalian di mana-mana,
akan sentiasa ana memohon doa,
"doakan ana thabat dan istiqamah di jalan ini, inshaAllah"
No comments:
Post a Comment