Sunday, April 28, 2013

Saya dan tarbiyah

Bismillah ar-rahman ar-rahim.

Mencuri masa sikit daripada buat assignment. Kadang-kadang assignment ni tak mengajar apa-apa pun melainkan copy paste. huhu. Tapi macam biasalah, dah habis degree nanti baru lah tahu what it is all about. Sama juga semasa IB di kolej. Baru tahu lab report setiap minggu, extended essay dan CAS tu membantu juga kehidupan di universiti. Begitu juga SPM sekolah menengah. Sekolah rendah dan seterusnya.



Tapi bagaimana dengan universiti tarbiyah ni? bila masa nak habis? nak tunggu habis baru ke baru nak faham? hmm.

Semalam saya kena menyampaikan tajuk ahammiyatut tarbiyah. Ni bahasa arab, maksudnya kepentingan tarbiyah. Well saja je tawarkan diri, tak lah dilantik pun, saje nak uji diri betul ke dah faham dengan kepentingan tarbiyah ni? Dah 4 tahun dah ditarbiyyah mentarbiyah. tapi rasanya syok sendiri je semalam... haih.

Salah satu point paling penting dalam tajuk ni ialah bagaimana Allah mengutus Rasulullah s.a.w. mentarbiyah masyarakat. Apa yang dia s.a.w buat? membacakan ayatNya ke atas mereka, menyucikan mereka dan mengajarkan mereka kitab dan hikmah. Dan tindakan rasulullah s.a.w. ni hasil doa oleh Nabi Ibrahim a.s. yang disusun atur semula. Tilawah kepada tazkiyah kepada ta'lim.

Saya ingat lagi semasa sekolah dulu, seolah-olah saya baru diperkenalkan dengan islam. Saya dulu bersekolah di satu sekolah asrama. Di situ saya diajar komited dengan solat, diajar atau dibudayakan dengan membaca quran, alunan-alunan zikir, solat dan macam-macam lagi tentang ilmu islam. Tapi saya ingat lagi, kalau balik bercuti, bukan solat pun. tak pun solat di akhir2 waktu aje. Bila balik ke sekolah, bukan main lagi kejut-kejut orang ke subuh.

Bukan la nak kata sepanjang 5 tahun yang bersekolah di situ, tak ada kesan terhadap pegangan islam saya. Well ada la jugak... 5 tahun kot. Memang basic ilmu islam tu mantap la jugak, dengan syariah islamiah, pendidiakn quran & sunnah, dan bahasa Arabnya. So lepas habis sekolah lepas SPM tu, memang rasanya cuba kekalkan jugak budaya yang dah belajar kat sekolah dulu: pergi solat jemaah kat masjid, baca Quran. Tapi tak lama pun, lepas tu terus je tak jaga balik solat semua.

Kemudian di kolej, saya bertemu dengan tarbiyah ni. Mula-mula saya agak rebel jugak, I want to do it my way. Macam boring je duduk-duduk, baca-baca quran sikit-sikit, lepas tu borak-borak yang lama. Saya ni dah la introvert, mana la suka sangat bergaul dengan orang ni. Yang suka bercakap tu, seronok la dia. Bercakap all the way masa usrah tu. Rimas betul. Haih.

Tapi makin lama, saya dapat rasa penyucian diri tersebut. Mula mentadabbur, reflect upon the Quran. Mula tengok balik, apa yang Allah nak daripada kita ni... Apa tujuan hidup kita. Apa initipati dalam islam tu yang kita patut buat.. Walaupun dari segi amal ibadat, saya rasa semasa di sekolah tu jauh lagi banyak. Ye lah, dah jadi budaya. Masa di kolej ni, bukan semua orang pergi solat di surau, bukan semua yang tutup aurat masa main bola, dan mana ada peraturan yang paksa diorang ni buat tu semua. So saya pun biasa-biasa je lah.

Jadi makin seronok dengan usrah. Sebab macam jadi lagi baik. Bukan disebabkan oleh suasana sekeliling saja, tapi saya sendiri yang nak jadi baik. Nak menyucikan diri. Kemudian makin lama dalam usrah, ilmu pun pada masa sama makin bertambah. Ye lah, masa sekolah mana la pernah nak baca tafsir Quran, baca hadis sendiri kan? Belajar sirah pun hafal je, sebab nak lulus exam. Tapi dalam usrah, kisah nabi dibedah, kisah sahabat-sahabat yang tak pernah dengar pun diteliti. Subhanallah seronok betul.

So masa saya sampaikan tajuk semalam, baru saya rasa, betul lah.. Saya sendiri ni contoh yang terkesan dengan tarbiayh yang Allah ajarkan. Keinginan untuk menyucikan diri tu, sangat-sangat lah perlu., sebelum belajar semata-mata.

Persoalannya. dah makin lama dalam tarbiyah ni, adakah dah lupa tentang perkara ni? Dah lupa ke tentang keinganan dan keperluan untuk menyucikan diri? Ke samata-mata nak belajar ilmu baru semata-mata? Jangan lah.. Jangan. Jangan lupa mengapa saya nak tarbiyah ni.

Sepertimana Kau jadikan manusia ni sifatnya pelupa, janganlah Kau Ya Allah, menjadikan aku antara mereka yang lupa.

Inilah saya dan tarbiyah.




Friday, January 11, 2013

it is inspiring

bismillah ar-rahmi ar-rahim

Some people are somehow, Allah ta'ala gifted him to be very, very inspiring person, isn't?
I don't know whether he knew how inspiring he was to me. Ever since in the college, where I'm absolutely sure he did not know me back then.

A few days back (or is it yesterday?), he tweeted something like "..I won't let my supervisor take away my smile :)".

And immediately I remembered a text message I received while I was recording video at the winter gathering, saying that "Why so serious? Smile :)". Well it's not that i'm being over stressed or something at that time, its just that I was trying to put myself in the speaker's shoe when the speaker narrated his journey though the path of da'wah and tarbiyyah.. So maybe I was forcing myself to cry (I always do it, for your info), realizing how fortunate I am to be in this bandwagon of da'wah and tarbiyyah without so many sacrifices and troubles..

Well anyway, that text really suddenly make me smile. Hilang mood... haha. tak lah.

So remembering that incidence, I was teasing him by replying his tweet, more or less:
"can anyone take away your smile? really? haha. Aku ni lain la, kena suruh disenyum (but I'm trying to change that though :)"
And he tweeted twice in reply. His exact words, in one of the tweets, was:
"smile fahmi, it makes you and everyone around u feel great. so yeah, smile. after all, i practiced since i was 3 ;P"
And so I smiled by myself, reading that tweet.

Less to my knowledge, that he failed some of his exams. Where he just know about it a couple of days back.. and I only about it a few minutes ago. By reading his blog.

and subhanAllah, I just cannot see where he hid his sadness...! Haha...
As if he didn't have any problem. As if the failure is nothing.
And look at me, keep on complaining of little stuff and trouble that i have to go through...

aaah. teruknya saya. huhu

ok I declare myself to be in deep muhasabah mode tonight.
Allahualam

saya tak mahu jeles dah

bismillahir rahmannir rahim.

Tentang jealous lagi.

Kehidupan dalam rumah tangga seorang nabi sendiri tidak lepas daripada cemburu.
Kisah Habil dan Qabil, dua orang anak lelaki Nabi Adam alayhis salaam.
Kisah Nabi Yusuf alayhis salaam, dengan 10 orang adik beradik lain yang tak seibu dengannya.

Dan antara pengajaran besar yang Allah ta'ala nak kata:
Cemburu ni sentiasa menjurus ke arah yang tak baik.
Pembunuhan. Penculikan budak kecil. How a tragedy is that?

Sewajarnya Allah ta'ala menawarkan perlindungannya terus kepada orang yang cemburu ni.

وَمِن شَرِّ حَاسِدٍ إِذَا حَسَدَ
"daripada kejahatan orang yang hasad, bila dia hasad"

Jadi saya tak nak cemburu dah.
Boleh saja menjurus ke perbuatan yang tak baik.. tanpa saya sedar.

Perasaan macam ni, selalu muncul.
Kawan saya selalu kata, "Allah ta'ala yang menguasai perasaan tu, so mintak lah daripada Dia supaya dihilangkan perasaan-perasaan macam tu".
Betul. Walaupun saya kononnya ada hujah, ada sebab, tapi empunya diri lagi tahu apa yang dia buat. Dengki kerana Allah... macam pelik sikit ayat tu kan?

Walaupun ada hadis yang membenarkan cemburu ni dalam 2 perkara: berlumba-lumba nak bagi sedekah; berlumba-lumba nak nak kejar ilmu dan ajar kepada orang lain.
tapi kalau dengki sebab... diaorang ada suasana yang baik, teman-teman soleh, ada anak-anak usrah etc2, rasanya saya kena buang perasaan tu. It is unjustifiable.
Bukan ke kat syurga nanti, Allah ta'ala akan bagi semua tu? And even better?

ish3...
Allahualam..

Friday, January 4, 2013

jom kita jadi optimistik: faith based.

bismillah ar-rahman ar-rahim.

Siapa tahu, perkataan-perkatan ni boleh membawa barakah yang sangat besar dalam setiap apa yang kita buat.

تَبَارَكَ اسْمُ رَبِّكَ ذِي الْجَلَالِ وَالْإِكْرَامِ

Blessed is the name of your Lord, Owner of Majesty and Honor.
Maha Sucilah nama Tuhanmu yang mempunyai Kebesaran dan Kemuliaan.

Ayah terakhir, surah ar-rahman.

Nama Tuhanmu yang mana? Nama yang disebut pada surah ini sendiri. Ar-rahman.
Nama yang terkandung dalam doa kita sebelum melakukan setiap suatu.

Bermaksud, dalam kita mengucapkan bismillah ar-rahman ar-rahim itu, terkandung dalamnya barakah.
Barakah bermaksud ziadatul khair. bertambahnya kebaikan yang kita tak sangka-sangka. Daripada mana datang semua yang kita perolehi ini? Sedangkan usaha yang kita berikan tidak setimpal.

Dalam mengulangkaji pelajaran, kita dapat rasakan kita mampu memahamkan semua slide2 pensyarah dalam masa-masa yang terbatas.
Dalam berjualah, cuaca sentiasa baik dan memudahkan kita meneruskan perjalanan.

Dalam berkawan, kadang-kadang hadiah sekecil sekeping coklat pun boleh membuatkan kasih sayang antara dua sahabat itu mebuak-buak.
Dalam usrah, kita yang selalunya sibuk ni, dapat menenangkan jiwa dan pemikiran yang resah gelisah.

Ini lah istimewanya kita, muslim. a faith-based optimist. Optimistik kita bukan lah membuta semata. Strive for the cause of Allah, with pure intention, and the barakah will come. Fid-dunya au fil-akhirah.
Mulakan dengan bismillah-ar-rahman-ar-rahim, jalan! Pandang ke depan tanpa ragu-ragu. InshaAllah ada jalan~

bismillah-ar-rahman-ar-rahim. (bukan bismillah saja. saya ni selalu nak yg cepat2 aje. huhuhu)

Kerana Tuhan itu ar-rahman. Excessivly merciful.

Allahualam.

Tuesday, January 1, 2013

saya jeles...!

Assalamualaikum,

Beberapa minggu sudah saya sempat pergi bercuri ke Europe buat pertama kalinya sejak saya melanjutkan pelajaran ke UK. Dan malam sebelumnya, saya kata pada seorang kawan ni, yang saya rasa sanggaaat malas dan tak bersemangat nak bercuti pada waktu tu.

Saya anggap kerana saya ada banyak perkara yang mahu difikirkan, banyak urusan yang kena disiapkan.
Tambahan pula sayan hanya berjalan berdua bersama seorang teman serumah.
Dan saya tak sempat pun melihat perancangan perjalanan dia. Memang main redah je..

Tapi, saya terus aja pergi, cuba menghabiskan masa dengan sebaiknya. Sekurang-kurangnya, dapat lah buat si housemate saya tu gembira.

Ditakdirkan Allah, ketika menziarahi Crodova, say terserempak dengan beberapa orang ikhwah, yang sibuk melayani adik-adik mereka yang berjalan-jalan bersama-sama. Sya tak sempat menegur, tak rasanya, I refuse to do so. Sebab.. saya malu. Dan rasanya saya jeles..! (jealous)

Yes, saya cemburu dengan mereka yang berpeluang berjalan-jalan dengan anak-anak usrah dan ikhwah kesayangan, dapat mentadaburri alam bersama-sama, dapat melihat akibat mereka yang mendustakan dan mrenung bersama-sama. DI samping tu, solat dan mutabaah amalnya pasti lah terjaga.. Walaupun saya bejalan berdua, tapi somehow saya tak lengkap solat berjemaah sepanjang perjalanan saya tu.

Saya menangis sendiri semasa menuggu bas, selepas mengelak diri daripada mereka. Lumrah manusia, atau mungkin hanya saya saja, terasa ingin bersama atau berada di tempat mereka yang dicemburui pada waktu it.

Kemudian, perhimpunan musim sejuk. Mengumpulkan hati-hati dan jasad-jasad yang ingin bertemu dan berpisah kerana Allah ta'ala inshaAllah. Dengan ketetapan Allah, saya diberi amanah menjadi faci... maka sempat lah seketika merasai semula kemanisan berada dalam satu bulatan, yang hati-hatinya terikat, bertemu lutut dan lutut, demi beriman sejenak.. Tapi tu tak penting kot. Dan yang penting, saya bagaikan dipertemukan dengan... satu keluarga besar... yang ahli-ahlinya bertemu kembali setelah sekian lama berpisah ke arah hala tuju masing-masing - pelajar tahun satu yang telah mengikuti usrah di kolej persediaan masing-masing.

I really, really miss that moment. That feeling. That sweatness. Or in those kids language; ukhuwwah diabetes. lol.

I write this down tonight, in front of a desktop in the university cluster, all alone... and reminiscing all those moments, as people are posting pictures from their jaulahs.. and when I see thier faces, as if I regain my imaan.

Mula-mula, saya bimbang, adakah mereka akan jadi seperti saya in few years time? Setiap kali program, orang akan kata muka saya terlalu serius, dan macam sentiasa ada masalah. Tapi selepas berjumpa dengan mereka di perhimpunan yang lepas, saya seolah-olah percaya, mereka will be allright.

dan kekuatan mereka tu, pun saya jeles.

huhuhu
waAllahualam.