Friday, January 11, 2013

saya tak mahu jeles dah

bismillahir rahmannir rahim.

Tentang jealous lagi.

Kehidupan dalam rumah tangga seorang nabi sendiri tidak lepas daripada cemburu.
Kisah Habil dan Qabil, dua orang anak lelaki Nabi Adam alayhis salaam.
Kisah Nabi Yusuf alayhis salaam, dengan 10 orang adik beradik lain yang tak seibu dengannya.

Dan antara pengajaran besar yang Allah ta'ala nak kata:
Cemburu ni sentiasa menjurus ke arah yang tak baik.
Pembunuhan. Penculikan budak kecil. How a tragedy is that?

Sewajarnya Allah ta'ala menawarkan perlindungannya terus kepada orang yang cemburu ni.

وَمِن شَرِّ حَاسِدٍ إِذَا حَسَدَ
"daripada kejahatan orang yang hasad, bila dia hasad"

Jadi saya tak nak cemburu dah.
Boleh saja menjurus ke perbuatan yang tak baik.. tanpa saya sedar.

Perasaan macam ni, selalu muncul.
Kawan saya selalu kata, "Allah ta'ala yang menguasai perasaan tu, so mintak lah daripada Dia supaya dihilangkan perasaan-perasaan macam tu".
Betul. Walaupun saya kononnya ada hujah, ada sebab, tapi empunya diri lagi tahu apa yang dia buat. Dengki kerana Allah... macam pelik sikit ayat tu kan?

Walaupun ada hadis yang membenarkan cemburu ni dalam 2 perkara: berlumba-lumba nak bagi sedekah; berlumba-lumba nak nak kejar ilmu dan ajar kepada orang lain.
tapi kalau dengki sebab... diaorang ada suasana yang baik, teman-teman soleh, ada anak-anak usrah etc2, rasanya saya kena buang perasaan tu. It is unjustifiable.
Bukan ke kat syurga nanti, Allah ta'ala akan bagi semua tu? And even better?

ish3...
Allahualam..

No comments: