Wednesday, January 19, 2011

One after another


baru tadi saya ber-skype sebentar dengan seorang sahabat di Malaysia.
Yang mana kalau kat sana dah tengah malam buta lah.
dan dia tanya apa maksud istilah-istilah itu dan ini.
Dia suruh translate dari bahasa arab. Macam la saya ni pandai bahasa arab sangat.

dia cakap dia baru habis exam hari ni.
tapi tak boleh tidur lagi.
sebab kena prepare untuk taujih besok pagi.

dengkinya!
saya yang dah habis exam sejak beberapa hari yang lepas,
hari-hari asyik mengadap laptop sambil dengar recording.
sambil-sambil baca blog,
sambil-sambil main facebook.


tapi dia boleh keluar sebaik sahaja habis exam,
demi memenuhi takungan mad'unya yang luas di situ.
dan sememangnya, sikap sahabat saya tu lah yang patut seorang murobbi miliki kan?
Maka apabila kamu telah selesai (dari sesuatu urusan), kerjakanlah dengan sungguh-sungguh (urusan) kamu yang lain.
[al-insyirah, 94: 7]

Lepas satu, yang lain.
Seperti mana yang ditunjukkan oleh salah seorang ahli Ikhwan,
Abdul Fattah Abu Ismail, yang disifatkan oleh Al-Banna dalam Risalah Muktamar Kelima sebagai berikut:
“Sedikit sekali orang yang tahu ketika salah seorang pendakwah Ikhwan keluar dari tempat kerjanya pada hari Khamis petang, tiba-tiba sudah berceramah di Al Minya pada waktu Isya’. Di hari Jumaat ia menyampaikan khutbah di Manfaluth, Jumaat petangnya pula berceramah di Asyut dan setelah Isya’pada hari itu ia sudah berdakwah di Suhaaj. Kemudian ia kembali pada kebiasaannya iaitu pagi-pagi buta di hari berikutnya ia sudah berada di tempat kerjanya di Kaherah mendahului pekerja-pekerja lain.

Empat pertemuan besar di berbagai kota yang berjauhan mampu dijangkau oleh seorang pendakwah Ikhwan dalam waktu tiga puluh (30) jam, lalu ia kembali ke rumahnya dengan jiwa yang tenang dan hati yang damai seraya memanjatkan pujian ke hadhrat Allah atas taufiq yang dianugerahkan kepadanya dan tidak ada yang mengetahui perkara itu kecuali mereka yang mendengarnya.”
(ambil dari sini)

Tapi, saya ada pesan pada sahabat saya tu supaya tidur jangan tinggal.
Nanti tak cukup muwasofat, sebab jasad tak qowiy.
Kena seimbang sikit. Tak cukup tidur badan tak sihat kan?


Semoga sahabat saya tu dan kita semua tergolong dalam kalangan mukhlisin. inshaAllah =)


p.s: apa yang saya belajar dari blog-blog akhwats, kadang-kadang luahan perasaan pun boleh bermanfaat besar kepada orang lain tanpa kita sedari, tak perlu lah nak rigid sangat kan. hehe


p.s.s. masih cuba menulis dalam english sebenarnya, sebab vocab dalam english jauh lebih banyak dan tepat penggunaannya, lantas memanifestasikan impak yang lebih efektif kepada pembaca inshaAllah. (iye ke? ada komen?)



1 comment:

Anonymous said...

setuju (part english)! lagi-lagi la kalau kita dapat kuasai a wide range of those english words.

and guna english juge, pada ku lagi soft. aku seems a bit kasar. so nak keep it very approachable and personal thru the easy way, guna je "I" etc.

:D