Sesungguhnya syaitan itu seperti serigala kepada manusia seperti mana serigala kepada ternakan, yang menerkam kambing yang sendirian dan terpencil. Maka berwaspadalah kamu dan hendaklahlah kamu bersama jemaah, orang ramai dan menlazimi dengan masjid. (HR Ahmad)
Just imagine. A lone sheep with wolves coming at it from every possible directions: from the back and front, from the right and left. That sheep will inshaAllah be dead in no time for sure.
Nak tak nak, kena ada geng. Teman. Saling berukhuwwah, melindungi diri masing-masing daripada terkaman-terkaman syaitan. Siapa-siapa yang nak duduk sorang-sorang tu, memang cari nak cari pasal jugak lah. Cari pasal dengan jemaah syaitan.
*
Macamana ukhuwwah dalam islam?
percaya sebenar-benarnya Allah lah yang menyatukan hati-hati kita dalam berukhuwwah, walaupun seluruh hasil dunia dibelanjakan, tetap tak dapat menyatukan hati-hati kita tanpa izin Allah. [al-anfaal, 8:63]
percaya sebenar-benarnya Allah lah yang memberi nikmat ukhuwwah dan menyatukan hati-hati kita pada tali yang satu, walaupun kita pernah saja menjadi musuh ketat sewaktu jahiliyyah. [aali 'imran, 3:103]
percaya sebenar-benarnya kita berukhuwwah demi mejadi antara 7 golongan yang mendapat naugan Allah di hari akhirat. [drp HR Abu Daud & Ibn Majah]
percaya sebenar-sebenarnya kita berukhuwwah demi merasai kemanisan iman. [drp HR Muslim]
percaya sebenar-benarnya bahawa kita adalah seperti sebuah bangunan, satu sama lain adalah saling memperkuat. [drp HR Bukhari & Muslim]
pecaya sebenar-benarnya bahawa ukhuwwah kita mampu menyebabkan kita sanggup melebihkan saudara mengatasi keperluan kita sendiri [al-hasyr, 59:9]
dan kerana kita beriman, maka kita berukhuwwah! [al-hujarat, 49:10]
*
dalam pada kita berukhuwwah, konflik kadang kala berlaku. Suatu perkara yang tak boleh dielakkan.
Sama ada kita murung sendiriran dengan konflik dalaman kita, ataupun bergaduh sampai tak ingat dunia dan tak bercakap untuk satu tempoh yang panjang.
Lantas turunnya ayat-ayat Allah dalam surah Hujarat itu [49:9-10] untuk mendamaikan! Diulang dua kali arahan tersebut, semata-mata nak memberitahu kita bahawa konflik akan terjadi, dan pabila ia berlaku, damaikanlah.
Dan oleh kerana ukhuwwah adalah hubungan dua hala, maka masing-masing perlu muhasabah kembali.
Kita beriman maka kita berukhuwwah, maka berlaku masalah dalam berukhuwwah bermaksud berlaku masalah pada iman kita.
*
Nikmat ukhuwwah fillah tu, sangat mendalam maksudnya.
Terkadang, kita tak sedar, dalam manisnya kita berukhuwwah, kita mengharap kasih sayang dan pertolongan sahabat kita mengatasi harapan kita terhadap kasih sayang dan pertolongan daripada Allah.
Pabila itu berlaku, sedarlah bahawa kita baru sahaja termasuk dalam perangkap serigala-serigala syaitan.
kita berukhuwwah atas dasar iman
bukan beriman atas dasar ukhuwwah.
Ya Allah, semoga ukhuwwah yang dibina sepanjang berada di atas jalan ni, ditujukan semata-mata untukMu.
No comments:
Post a Comment